-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Disini kami kongsikan cara membuat pendaftaran MyASNB. Selepas 28 Jun 2017 urusan berkaitan ASB tidak akan menggunakan buku simpanan sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan secara online atau di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Cara Daftar Akaun myASNB Online

Sebelum mendaftar di MyASNB, sila hadir ke cawangan atau ejen ASNB untuk perkara berikut :
  1. Dapatkan No Akaun 12 digit dan kemaskini No Telefon Bimbit anda untuk penghantaran TAC
  2. Lengkapkan Pendaftaran Portal anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan MyASNB.

Langkah-langkah Pendaftaran

Pergi laman rasmi myASNB : https://www.myasnb.com.my/ dan klik pada “Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang”
Akan keluar paparan langkah-langkah yang perlu di laksanakan seperti dibawah dan klik TERUSKAN

Selepas itu tick checkbox terma & syarat kemudian klik SETUJU

Anda perlu untuk mengisi Maklumat Pemegang Unit dengan tepat.

Anda perlu membuat pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS, dan pastikan anda sudah mengemaskini no telefon anda.

Lengkapkan alamat surat menyurat dan email kemudian klik SETERUSNYA


Kemudian anda akan diminta untuk cipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan.


Log-In untuk Pertama Kali

Pergi semula ke laman rasmi myASNB : https://www.myasnb.com.my/ dan masukkan id pengguna/username kemudian klik teruskan.
Kemudian gunakan kata laluan sementara yang di berikan tadi dan klik teruskan.

Anda perlu untuk membuat pengesahan TAC dan setelah berjaya, sila Kemaskini Kata Laluan anda.
Masukkan kata laluan sementara kemudian masukkan kata laluan baru dengan kombinasi huruf besar kecil, simbol, nombor 6-12 askara.
Pendaftaran BERJAYA!

Tahniah! Anda telah pun berjaya daftar Akaun myASNB. Segala urusan kini lebih mudah dan pantas kerana anda tidak lagi perlu berbaris di kaunter.


Sumber:https://www.infopelajar2u.com/cara-daftar-asb-online-myasnb/
Back to Top