-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Okay, dah lama saya cakap nak bercerita pasal prasarana Pusat PERMATApintar Negara. Dah lama. Dah lama. OK. Mari saya kotakan janji saya.. Selama plus minus 3 bulan di ASASIpintar, saya telah mula mengenali PERMATApintar dan Kolej Keris Mas UKM.. hehehe. Tidak mampu saya mengenali kawasan-kawasan lain di UKM dengan lebih detail.. Besar sangat kot~ hahaha.

Pertama kali menjejakkan kaki di pusat PERMATApintar, saya punya tanggapan ialah, ya, tempat ni cantik. Tapi,, TAPI, tapi, lengang sangat. Sunyi dan terperuk di pedalaman UKM. Kesian. Tapi, first time masuk PERMATApintar tu, memang, err, sesat jugak la. blok dia, bertingkat-tingkat, tempat, bangunan sama saja. Dia ada dua kawasan untuk belajar. Walaupun cuma dua, tapi, serius, besar. Moden pulak tu. Satu blok pembelajaran, dan satu lagi blok untuk pelajar asasi. Blok pembelajaran tu, untuk pelajar PERMATApintar form4 dan form5 tu..




KAD MATRIK







PINTU MASUK PUSAT PERMATApintar NEGARA 






 PERASMIAN OLEH..







 DEPAN BLOK PENTADBIRAN







PELAN REKA BENTUK PUSAT PERMATApintar
(awesome-sebijik!!!)






















BLOK PENTADBIRAN DARI PELBAGAI SUDUT

Ok, disamping bercerita pasal prasarana, moleklah kalau kiranya, saya bercerita serba sedikit tentang jadual, dan program disini.. Yea, untuk pengetahuan bakal pelajar, in syaa Allah, yang terjumpa blog ni..

Sebelum bercerita, saya nak cakap, kat sini, ada dua kawasan pembelajaran. Satu untuk pelajar ASASIpintar dan satu lagi untuk pelajar PERMATApintar. Saya rasa macam kecik ja kawasan dia. Tapi, sebenarnya, agak besar laa.. Bangunan dia, semua struktur lebih kurang ja.. dan moden.. Bangunan pelajar PERMATApintar dikenali sebagai blok pembelajaran.























Kami ni, err, ASASIpintar batch Mei 2013/2014 la.. Belajar mula pukul 8am atau 8:30am. Ikut nasib laa. Macam kelas saya, setiap hari, kelas mula pukul 8:30am. Hari belajar adalah, macam biasa, Isnin sampai Jumaat. Alaa. Jumaat tu, separuh hari ja. Pukul 12 tengah hari, kelas dah habis. Lelaki pergi solat Jumaat, pompuan, balik Kolej dan buatla apa yang patut. Hari Sabtu Ahad, terpulang la nak buat apa. Well kehidupan universiti la, katakan. Selalunya, Sabtu Ahad, kami akan outing sama2 and, bersuka ria(bukan negatif punya, naa). Nak balik rumah, baliklaa..Tapi, kalau assignment banyak, menghadap assignment tu, ja la.. huhuhu.. Jangan lah, nak bersuka ria pulak, time assignment banyak.

Kalau hari Isnin sampai Jumaat tu ada kelas habis awal ka, takdak kelas ka, terserah la, nak buat apa pon, nak balik rumah pon boleh (tapi, pastikan sampai balik UKM untuk pi kelas esoknya, la), nak outing pon boleh (mcm saya dengan Adibah haritu, pegi Kajang..~heheheh),nak tidur kat bilik pon boleh, nak ikut pergi permata pon boleh, nak masuk kelas lain pon boleh, nak buat apa pon boleh la. Tapi, janganlah sampai kelas esoknya pon nak buat sesuka hati. Alamatnya, habis la pointer hampa, kalau ponteng kelas.








NI KELAS PELAJAR PERMATApintar (mula2 dulu, ingatkan ni kelas ASASIpintar)






First time masuk kelas, kenal classmates AP101 di Kelas 1 (Ingatkan AP101 kena duduk Kelas 1, AP201 Kelas 2..., rupanya, kelas ni, ikut suka instructor la, beliau nak ajar kat bilik mana)









KELAS 4 (time lunch-RAMADHAN)


(maaf, gambar dipadam atas sebab tertentu)

KELAS 3 + KELAS 4 ( Tapi, ni view Kelas 3, saya snap dari Kelas 4

Ada air-cond, tau~

Okay, untuk pengetahuan semua, ceywah~ semua tu. hehehe. pusat PERMATApintar ni, semua bangunan atau bilik bertutup, asal bertutup ja la, kecuali asrama dan stor, semuanya, ada air-cond. 






TANDAS DEKAT BLOK KELAS ASASIpintar





 SAYA SUKA VIEW DARI CERMIN DALAM TANDAS NI






TANDAS DEKAT BLOK PENTADBIRAN

Sebenarnya, ada satu tandas ni, cantik, saya lupa nak snap..sedih :(

Sebelum kita tiba di blok makmal, kita akan nampak beberapa pemandangan ni:



















yeah, gambar diatas, pemandangan sebelum masuk mana-mana makmal. err, tu kat tingkat bawah la.. setiap tingkat, ada tandas yang sangat cantik dan bersih. macam RnR gitu..

loker yang anda nampak?? ermm. entah apa fungsi wujudnya,, tak pernah nampak orang guna pon.. hiasan adalah~





GAMBAR DI ATAS IALAH SUASANA MAKMAL KIMIA




 MAKMAL KOMPUTER

(imej dipadam atas sebab tertentu)




MAKMAL KHAS (untuk language)

(imej dipadam atas sebab tertentu)

BILIK SAKIT (pon ada air-cond -_- )

lagi, makmal semua ada air-cond.. Saya tak sempat nak ambil gambar makmal biology, makmal fizik, bilik muzik...

Jadual dia, err, ikut suka pentadbiran la, depa yang tentukan, tapi, boleh ja, kita minta ubah atas budi bicara instructor. First sem ada 8 subjek. errr, saya sempat rasai first sem ja, selama lebih kurang 3bulan.. Subjek tu:

     - Biology
*Sambungan dari yang lalu, so, revise la bio dengan baik, sebelum masuk sini.. :)
     - Fizik
*Masih sambungan, tapi, lebih sangat mendalam kalau nak banding dengan bio. Banyak pengiraan. dan, saya rasa paling susah, dan saya tak suka!! :(
     - Chemistry
*Macam lain banyak jugak la. Tapi, masih kena ingat pasal cara kira semua tu. Tapi, senang ja ni.
     - Logical Reasoning
*errgh, logic. Chapter awal, best.Makin lama, banyak nak kena prove. Susah la jugak. Membuatkan saya tak suka matematik dah.. ahahahaha :P
     - Statistics

*saya tak sempat belajar dengan mendalam sebab instructor selalu sibuk. Tapi, kawan2 kelas lain
 cakap, senang. Entahla~
     - Research
*fikirkan satu tajuk untuk kita kaji. Cari tajuk berdasarkan minat. Macam saya, saya minat psikologi, so, saya pilih tajuk pasal anak yatim punya identiti. "Differences in emotional behaviour between orphans and children living with biological parents". Suka hati kita.. Research akan dijalankan masa sem2 dan akhir pengajian sem2, baru dibentangkan. sem1 ni, belajar buat proposal camtu ja.. Tiada exam..
     - Jati Diri
*takdak exam. Pointer diambil berdasarkan keaktifan kita dalam kelas, dan juga kepimpinan kita semasa kem yang akan diadakan.
     - Literature and Language
*terbaik. ni lah, masa untuk kita enjoy. Menyanyi, berlakon semua. Ada creative project, dimana, pelajar perlu berlakon or buat komik or buat la apa2 yang kreatif. Tapi, mostly, orang akan pilih untuk berlakon. Awesome. Kelas saya pilih berlakon. Serius, berlakon berjaya mengikis perasaan malu berkawan dalam diri saya. Result dia, saya sayang classmates say sangaaaat! <3

Belajar punya belajar dan belajar, kami akan lunch!









  KETIGA-TIGA GAMBAR DIATAS IALAH, KAFETERIA DARI 3 SUDUT

Ok. Kalau awal-awal saya masuk dulu, kami makan dekat dewan makan. Yeah, situ lebih murah berbanding kafeteria. Dari bulan Jun sampai Ogos, kami makan di Dewan makan. Kafeteria pulak, tak pernah dibenarkan masuk pon. Tapi, sekarang kami tak boleh makan kat dewan makan dah. Dewan makan untuk pelajar PERMATApintar ja. So, hadapilah lunch di kafeteria di atas.











 DEWAN MAKAN DARI BEBERAPA SUDUT (maaf saya tak susun elok2, dah letih cari gambar.. pandai2 la, beza luar dan dalam, eh)

yang penting lagi, ada air-cond. okay!

Lagi satu makluman, untuk pengetahuan, apa yang best dekat pusat PERMATApintar ni, semua tempat ada wifi. Cuma sama ada kuat atau tak jaa, line dia. Kadang-kadang nasib gak. Apa yang penting, semua tempat ada wifi..

Dah habis makan, jom kita pi surau. Well, saya pernah pi surau dekat blok pentadbiran dengan surau dekat asrama permata ja. Cuma masalah dia, saya just snap surau dekat blok pentadbiran..Lagi satu surau tu, dekat dewan makan, tak pernah saya masuk pon, sebab dengar kata, tak ada kain penghadang. Lagi, ada air-cond. Cuma, err., bau hapak.. Yang ni, tak best.. Dalam banyak2 tempat yang cantik dan moden, suraulah yang tak moden.. Agak mengecewakan. Macam mana pon, ni la port paling best nak tidoq kalau takdak kelas. Haahaha. Oh ya, ni surau pompuan. Laki punya, ada kat sebelah, yeee..




 DALAM SURAU DEKAT TINGKAP




 PEMANDANGAN SEBELUM MASUK SURAU (jalan shortcut)





DALAM SURAU

Ok, dah habis solat semua, sambung beajar lah, sampai la, kita balik. hurm..kelas habis pukul 6petang. Tapi, ada ja yang kelas habis awal, or takdak kelas.. So, ikut suka lah, nak balik jalan kaki ke Kolej Keris Mas(KKM) atau tunggu bas UKM mai ambik pukul 6petang nanti. Selalunya, kami malas tunggu. Sanggup jalan kaki selama lebih kurang 35minit semata-mata untuk sampai awal kat kolej dan tidur atau buat kerja atau mengemas..Tapi, bagus tau, jalan kaki balik kolej ni.. mengeratkan silaturrahim sesama classmates. #jujur!  




 DEWAN SERBAGUNA


sementara tunggu bas UKM yang kadang-kadang lewat sampai tu, kami akan lepak la, di tempat2 di atas.








PARKING LOT

err, ni tempat park kereta instructor ataupun cikgu-cikgu PERMATApintar. Students, kita tak boleh bawak kenderaan laa. Basikal ja oleh.. nak kayuh basikal, kayuh laa. Tapi, anda akan janggal kot..

suasana dalam dewan serbaguna yang saya snap dari pemandangan atas.. btw, nak cerita, kat dewan serbaguna ni, atas dia, ada gymnasium mini. Saya tak pernah guna la... er, nampak bosan jaa.. hahaha. lagipun, takkan semata-mata nak mai gymnasium, saya nak jalan dari KKM. errr..










GIMNASIUM

oh, gym dia tak la besar sangat.. dua gambar ni, dari bilik yang tak sama tau. Ada dua bilik gymnasium, kat dewan ni. Dua dua bilik ni, bertentangan antara satu sama lain. Jarak dia, dua depa kot..





PEJABAT

Semasa urusan perpindahan, saya snap gambar pejabat sikit waktu tunggu turn untuk jumpa instructor saya tu..






ASRAMA

Maaflah. Saya tak sempat menginap di asrama PERMATApintar.. So, tiada gambar dalam bilik asrama..
















Gambar-gambar comel di atas, semua diambil dari pemandangan kat bawah blok pentadbiran. Kat blog pentadbiran ni la,, adanya library ditingkat atas. Yeah, saya sangat suka buaian ni (waktu awal2 masuk dulu laa).. Nampak macam orang kaya, kan??! hahahaha.. Banyak ja bilik yang ada kat blok pentadbiran, tapi saya tak sempat snap.. Kami belajar research (I mean, AP101), kat bilik mesyuarat kat blok pentadbiran laa..










LIBRARY

Ok,.. library dia cantik. Ada lagi sudut dalam library ni, yang cantik, saya lupa snap..ada jugak satu sudut ni,, saaaaaaaaangat cantik. Tapi, saya ada snap gambar kawan tak pakai tudung. And, saya tak boleh la nak publish kat sini. Sayang sekali... haish~ Buku tak banyak sangat kat sini. Tapi, boleh tahan la, buku dia.. Nak study boleh jaaa.. Dalam library, wifi line tak kuat sangat.. Kalau nak baca buku gila gila gila banyak, pergi la ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) , iaitu library UKM.. 6 tingkat kalau tak salah. kalau salah,, err, sorry. heheheh..



BLOK PENSYARAH

lebih kurang macam bilik guru la, cuma, pensyarah ni, ada bilik masing2..

Okay, nampaknya, saya dah taktau nak bercerita pasal apa.. komen boleh jugak, tapi, saya jarang perasan ada komen...

Sebagai tambahan, saya selitkan gambar2 yang saya dah taktau nak letak dekat mana..













yeah, walaupun baru 2 bulan lebih menjadi pelajar ASASIpintar, macam2 yang saya sempat rasa. Saya rasa macam dah lama sangat kawan dengan semua orang di sana. Rasa macam lama sangat dah kenal UKM dan pusat PERMATApintar negara..

Oh, lupa nak cakap, err, lepasan ASASIpintar ni, untuk Ijazah a.k.a degree, boleh sambung mana2 saja kursus yang kita nak.. Tapi, ingat diri sama la.. Jangan la pointer 2 pon, nak mintak suka hati.. Maksudnya, kalau kita score, mintak lah kursus mana pon, semua boleh. Kecuali untuk pengajian Islam sebab dekat sini kan, tak belajar Agama Islam or bahasa Arab or Bahasa jarang jarang yang lain laahh.. so, nak jadi akauntan boleh, cikgu boleh, doktor boleh, engineer boleh, banker boleh, lecturer boleh, apa lagi?? ok! boleh kecuali yang saya sebut kecuali tadi tu,, na! And, course ni pon bagus dimasuki untuk orang2 yang masih belum ada cita2. Nanti degree sambung la apa2 yang kita nak. Pastikan degree nanti dah ada cita2 laaa,, tau!

Kelebihan ASASIpintar ni dari asasi lain.. hurm.. insyaAllah persekitaran dia kot. Moden. Lepas tu, banyak peluang yang disediakan kepada pelajar. Nak jumpa ketua-ketua negara lain, sangat mudah. Pelajarnya, insyaAllah memuaskan hati :) Suasana ni boleh membentuk disiplin, kerajinan, keberanian dan menyerap pemikiran positif dalam diri seseorang individu tu.  Selain itu, disini, pelajar telah diajar untuk membuat research dimana amat penting untuk peringkat master or phD kelak.. cuma, u need to study hard if u are here! :) Jangan mengalah. Semua orang boleh, asalkan berusaha, rajin dan tawakal. Jagalah hubungan dengan Allah sama, yea! Semoga berjaya!

last but not least, kawan2, sahabat2, jangan salah ejaan ni tau. Orang selalu eja asasi pintar atau asasipintar . Dulu, saya eja asasiPINTAR. Tapi, rupanya, eja dia ASASIpintar. hehehe. entah kenapa ejaan dia macam tu pon taktahu laa. Apapon, ia unik!

Buat pilihan terbaik!

ok..Assalamu'alaikum... :)

http://ilyanarahman1995.blogspot.my/2013/09/prasarana-permatapintar-kolej-keris-mas.html
Back to Top