Anda boleh menyemak status permohonan MyKid anak anda samada sudah siap untuk kutipan atau belum dengan mudah secara online atau melalui SMS.
MyKid merupakan kad pengenalan atau IC untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
Cara Semak Status Permohonan MyKid Online
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan laman web khas untuk semakan status MyKad dan MyKid secara online. Berikut adalah panduan untuk menyemak status permohonan MyKid secara atas talian:
- Layari laman web Sistem Semakan Permohonan MyKid JPN di pautan berikut:
http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
- Masukkan nombor MyKid di ruang yang disediakan. Nombor MyKid boleh didapati pada slip Notis Kutipan MyKid yang diberikan semasa permohonan.
- Masukkan captcha dan klik butang “Semak”.
- Sistem ini akan memaklumkan samada kad MyKid anak anda sudah siap dan sedia untuk dipungut.
Semak Status Permohonan MyKid Melalui SMS
Berikut adalah cara menyemak status kad MyKid melalui perkhidmatan mySMS: -
Taipkan:
JPN<jarak>MYKID<jarak>[No MyKid]
pada telefon mudah alih.
Contoh: JPN MYKID 151220122332
- Hantarkan SMS ke 15888.
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Anda dinasihatkan untuk menelefon pejabat pendaftaran terlebih dahulu
untuk membuat memaklumkan tarikh pungutan kad MyKid sebelum ke pejabat
pendaftaran untuk mengambil kad anda.[Nota] MyKid akan diproses semasa permohonan pendaftaran kelahiran atau bila permohonan gantian MyKid hilang / rosak dibuat, menggunakan borang permohonan MyKid (JPN.MYKID01).
Sumber:malaysiatercinta