-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Kakitangan Awam Online. Wah, tempahan secara online untuk mendapatkan penginapan murah Rumah Peranginan Persekutuan di bawah Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sudah menggunakan sistem baru yang nampak lebih menarik jika dibandingkan dengan dulu. Patutlah sejak awal Ogos 2015 nak buat tempahan jadi sukar, rupanya pihak BPH sedang naiktaraf sistem tempahan secara online ini.

Sistem ini telah mula digunapakai untuk pengurusan hartanah milik kerajaan bermula 17 Ogos 2015. Ia melibatkan pengurusan kuarters, rumah peranginan milik persekutuan, ruang pejabat serta dewan dan gelangang. Sistem baru ini dinamakan Sistem Bersepadu BPH.

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Untuk Kakitangan Awam

Ok. Mungkin ramai kakitangan awam yang masih tak biasa dengan sistem baru BPH ini, terutama sekali untuk membuat tempahan online Rumah Peranginan Persekutuan ini. In Sha Allah, saya akan kongsikan tatacara untuk membuat tempahan online ini sebagai satu rujukan untuk yang memerlukan pemahaman.

Untuk memasuki kepada sistem tempahan online BPH ini, anda perlu mendaftarkan diri anda terlebih dahulu menerusi pautan berikut - Pendaftaran Sistem Bersepadu BPH. Pendaftaran ini dibuka untuk 4 kategori pengguna:
  1. Penjawat Awam - Untuk pengurusan dan tempahan berkaitan kuarters, rumah peranginan, rumah transits serta gelanggang.
  2. Badan Berkanun - Paparkan mengenai tempahan rumah peranginan dan juga permohonan gelanggang
  3. Pesara Kerajaan - Paparkan mengenai tempahan rumah peranginan, rumah transit serta permohonan gelanggang.
  4. Orang Awam (individu/syarikat) - Papar permohonan penggunaan gelanggang.

Satu makluman akan dihantar ke email anda seandainya pendaftaran anda berjaya. Semakan akan dibuat untuk memastikan bahawa maklumat anda adalah betul, termasuklah memastikan samada anda kakitangan awam, badan berkanun, pesara mahupun orang awam. Semakan ini berdasarkan kepada nombor kad pengenalan yang dimasukkan semasa mendaftar akaun.

Pendaftaran yang berjaya akan diberikan kata laluan untuk akses kepada sistem online bersepadu BPH menerusi email. Setelah menerima MyID dan kata laluan, barulah pengguna boleh akses atau login ke sistem.

Untuk manual lengkap pendaftaran akaun, anda boleh baca di sini - Panduan Pengguna

Cara-Cara Melakukan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH

Untuk kakitangan awam, badan berkanun dan juga pesara yang mahu melakukan tempahan penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan, boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Seterusnya ...
  1. Login MyID dengan kata laluan anda. Anda akan dibawa ke paparan dashboard seperti ditunjukkan di bawah ini. Paparan di bawah mungkin berbeza mengikut kategori perjawatan, dan juga kategori pengguna seperti saya nyatakan tadi.
  2. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Kakitangan Awam
  3. Kemudian, klik pada link 'Tempahan Baru'. Paparan seperti di bawah ini akan ditunjukkan. Paparan akan berbeza mengikut gred perjawatan. Tempahan rumah peranginan adalah tertakluk kepada kelayakkan perjawatan. Anda boleh lakukan carian, atau klik 'Pilih' pada senarai rumah peranginan yang tertera.
  4. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Kakitangan Awam
  5. Setelah anda klik 'Pilih', info berkaitan jenis bilik dan harga tempahan akan dipaparkan untuk lokasi yang telah dipilih tadi. Pastikan bahagian 1 dan 2 adalah sama. Lakukan pemilihan jenis unit dan klik 'Pilih' seperti ditunjukkan 3 di bawah.
  6. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Kakitangan Awam
  7. Setelah anda klik 'Pilih', dan sistem akan paparkan satu kalendar yang paparkan tarikh-tarikh untuk tempahan. Jika tempahan penuh, maka tarikh tersebut tidak boleh diklik. Hanya tarikh yang berwarna biru dan boleh diklik sahaja dibenarkan untuk melakukan tempahan baru.
  8. Setelah disahkan mengenai tarikh tempahan, akan muncul satu paparan yang menyenaraikan mengenari peraturan-peraturan am berkaitan penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan. Ini termasuklah berkaitan bayaran RM50 deposit untuk barang-barang keperluan yang disediakan, larangan merokok, cara membuat pembatalan tempahan dan sebagainya. Setelah kemukakan persetujuan, barulah sistem akan membawa anda ke bahagian pembayaran. Pembayaran tempahan penuh diperlukan untuk membolehkan tempahan anda disahkan. Pembayaran boleh dilakukan menerusi pindahan wang online (FPX) dan juga kad kredit.
  9. Satu butiran pengesahan akan dikeluarkan, dan anda juga boleh menyemak tempahan anda seperti ditunjukkan di bawah ini.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Kakitangan Awam
Nampak tak? Saya dah tempah untuk penginapan di Rumah Persekutuan Morib pada bulan November 2015. Uhhh ... akhirnya, hajat saya dapat dicapai. Hari tu saya dapat jenguk je .. huhuhu...

Alhamdulillah. Saya dah boleh masukkan senarai Morib dalam senarai Rumah Peranginan Persekutuan yang pernah saya tempah. Setakat ini, saya dah pernah merasa menginap di Rumah Peranginan Persekutuan di Bukit Fraser (2x), Langkawi (1x), Cameron Highlands (5x), Port Dickson (1x), Penang (1x) dan Tasik Kenyir (1x). Dan saya serta keluarga memang puas hati, apatah lagi harganya yang sangat murah dan berbaloi.
Ehemm .. tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh dapat menempah sedangkan saya bukan kakitangan kerajaan? Jeng jeng jeng ... tentulah menggunakan nama isteri saya .. uhh..

Jika anda ada keluarga, kenalan mahupun sedara yang berkelayakkan, maka bolehlah buat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan ini. Ia terbuka untuk kakitangan awam, badan berkanun dan juga pesara.

Terhad Untuk Tempahan 3 Kali Setahun

Sedikit info, tempahan untuk penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan ini dibuka terhad 3 kali setahun seperti ditunjukkan di bawah ini. Dan seorang penjawat awam hanya dibenarkan melakukan 3 kali tempahan (berjaya) dalam masa setahun menerusi sistem baru ini.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Kakitangan Awam
Semoga dapat dimanfaatkan.

Back to Top