-->

Type something and hit enter

Pages

Translate

On
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2016
TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)

PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI

SKOP KAJIAN

·         Faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara
·         Sebab orang Melayu melibatkan diri dalam perdagangan selepas kedatangan Islam
·         Mata wang di Negeri Melayu
·         Pelaksanaan sistem cukai di Melaka

SOALAN STRUKTUR

Kemunculan Islam turut membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang perdagangan dan merangsang perkembangan yang berkaitan dengannya seperti penggunaan mata wang, percukaian dan seumpamanya.

(a)          Apakah faktor yang menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu ?
 [2 markah]

(b)    Bagaimanakah cukai berikut dilaksanakan di Melaka ?

         (i)   Cukai Tetap
 [2 markah]

         (ii)  Cukai Diraja
 [2 markah]

(c)     Berikan dua mata wang yang digunakan untuk urusan perdagangan di Melaka.
 [2 markah]

(e)    Apakah sumbangan bidang perdagangan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negara kita ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)           Apakah faktor yang menyebabkan pelabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu ?

·         Kedudukan yang strategik.
·         Pentadbiran yang licin dan teratur.
·         Undang-Undang Laut Melaka sebagai panduan dalam perdagangan.
·         Sistem timbang dan sukat yang seragam.
·         Penggunaan mata wang menggantikan sistem barter.
·         Kemudahan di pelabuhan.
·         Pelaksanaan sistem cukai yang seragam.
·         Mana=mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(b) Bagaimanakah cukai berikut dilaksanakan di Melaka ?

      (i)      Cukai Tetap

·         Dikenakan ke atas barangan yang diimport.
·         Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
·         Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu – 6 peratus..
·         Pedagang dari Jepun dan China – 5 peratus.
·         Cukai dibayar sebelum urusan perniagaan dilakukan.
·         Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .
·         Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.
 [2 markah]

      (ii)     Cukai Diraja

·         Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.
·         Orang asing dari Kepulauan Melayu – 3 peratus.
·         Orang asing dari tempat lain – 6 peratus.
 [2 markah]

(c) Berikan dua mata wang yang digunakan untuk urusan perdagangan di Melaka.

·         Wang timah Melaka.
·         Wang timah Johor.
·         Wang timah Kedah.
·         Wang emas Johor
·         Wang emas Kelantan
[2 markah]

(e) Apakah sumbangan bidang perdagangan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negara kita ?

·         Memberikan pendapatan kepada negara
·         Menggalakkan pelaburan asing
·         Menyebabkan berlakunya pengaliran dana dari luar negara
·         Menyediakan peluang pekerjaan
·         Menjadi pemangkin kepada perkembangan industri
·         Menggalakkan masyarakat tempatan berdagang
·         Meningkatkan taraf hidup rakyat
·         Mempercepatkan pembangunan infrastruktur
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

SOALAN ESEI

Rajah di bawah berkaitan dengan perkembangan ekonomi masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam.

(a)          Mengapakah orang Melayu mula terlibat dalam kegiatan perdagangan selepas kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara ?
         [6  markah]

 (b)         Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri-negeri Melayu pada abad ke-16 dan abad ke-17.
         [4  markah]

 (c)    (i)   Cukai di Melaka dibahagikan kepada cukai tetap (cukai import) dan cukai diraja. Nyatakan peraturan cukai tersebut.
               [6  markah]

         (ii)  Nyatakan kepentingan sistem mata wang dan sistem cukai terhadap pembangunan ekonomi negara.
         [4  markah]

JAWAPAN ESEI

(a)           Mengapakah orang Melayu mula terlibat dalam kegiatan perdagangan selepas kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara ?
        
·         Perdagangan di Laut Hindi dan China Selatan dikuasai pedagang Islam.
·         Perniagaan adalah sumber rezeki yang besar .
·         Mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
·         Perdagangan menjadi saluran untuk menyebarkan Islam.
·         Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan.
·         Bahasa Melayu menjadi lingua franca
·         Orang Melayu mahir dalam perniagaan
·         Orang Melayu mahir membina kapal
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]

(b) Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri-negeri Melayu pada abad ke-16 dan abad ke-17.
        
·         Tertulis nama sultan yang mengeluarkan mata wang.
·         Terdapat tarikh Islam pada mata wang itu.
·         Ditulis dengan tulisan jawi / Arab
·         Tertulis gelaran Islam – Khalifatul Muslimin dan sebagainya
·         Mempunyai hiasan bercirikan Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

(c) (i)      Cukai di Melaka dibahagikan kepada cukai tetap (cukai import) dan cukai diraja. Nyatakan peraturan cukai tersebut.
       
        Cukai Tetap
·         Dikenakan ke atas barangan yang diimport.
·         Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
·         Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu – 6 peratus..
·         Pedagang dari Jepun dan China – 5 peratus.
·         Cukai dibayar sebelum urusan perniagaan dilakukan.
·         Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .
·         Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.

        Cukai Diraja
·         Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.
·         Orang asing dari Kepulauan Melayu – 3 peratus.
·         Orang asing dari tempat lain – 6 peratus.
 [6  markah]
        
      (ii)     Nyatakan kepentingan sistem mata wang dan sistem cukai terhadap pembangunan ekonomi negara.
        
·         Melicinkan urusan perdagangan
·         Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
·         Meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan

Back to Top