-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Peribahasa "jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu", sering kali disebut dalam masyarakat kita.Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu.

Masyarakat Melayu memang kaya dengan pelbagai peribahasa.Peribahasa-peribahasa ini mengandungi maksudnya yang tertentu yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.Peribahasa yang berunsur pengajaran perlu kita jadikan sebagai pedoman hidup.Antaranya ialah peribahasa “jika tidak dipecah ruyung,di mana boleh mendapat sagu” yang bermaksud sesuatu perkara tidak akan tercapai jika tidak bersusah payah.

Ahmad merupakan seorang anak yatim piatu.Ibu bapa dia membuang dia di tong sampah selepas melahirkannya.Dia dibesarkan di sebuah rumah anak yatim.Dia sering dipandang hina oleh masyarakat dan rakan-rakannya.Walaupun membesar dengan keadaan yang hina,dia tidak pernah berputus asa dengan impiannya untuk menjadi seorang jurutera.Dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya.

Dia sering menyiapkan kerja rumah dan tidak pernah berlupa terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah.Dia memasang telinga dan memberi sepenuh perhatian ketika berada di sekolah.Dia sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk membaca buku. Walaupun dia diejek sebagai ulat buku di sekolah tetapi dia tidak menghiraukannya.Dia juga rajin mengulang kaji pada waktu malam.Selain itu,Ahmad juga bekerja sambilan dan menabung duit di dalam bank.Dia berhasrat untuk menggunakan wang simpanan untuk membiayai kos pengajian.

Cikgunya,Cikgu Siti juga memberi kelas tambahan secara percuma kepadanya setelah mengetahui keadaannya.Dia juga akan meminta bantuan jika menghadapi masalah dalam pelajaran kerana dia memahami pepatah “malu bertanya sesat di jalan,malu berdayung perahu hanyut”.Dia juga sedia menghulurkan bantuan kepada rakan-rakannya yang suka mengejeknya.Berkat usahanya,Ahmad memperoleh 10 A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Ahmad melanjutkan pelajarannya ke menara gading dalam bidang kejuruteraan.

Semasa belajar di universiti,dia tidak pernah leka dan berusaha dengan lebih tekun lagi.Dia menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat sebuah kerja yang baik dan menerima gaji yang lumayan.Masa depan dia telah berubah.Segala cita-citanya tercapai seperti bak kata pepatah “jika tidak dipecah ruyung,di mana boleh mendapat sagu”.

CONTOH KARANGAN PT3 - Peribahasa: Jika Tidak Dipecah Ruyung,Di Mana Boleh Mendapat Sagu 
studytogether1234
Back to Top