-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Perodua Bezza 2016 baru - Harga spesifikasi dan gambar

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan serta membuka tempahan bagi model terbaharu Sedan Cekap Tenaga (EEV) pertama iaitu Perodua Bezza di semua pameran seluruh negara bermula pada hari Sabtu 16 Julai 2016
Perodua dijadual melancarkan model sedan Perodua Bezza itu secara rasmi dalam majlis pelancarannya pada 21 Julai 2016. Perodua Bezza adalah hasil kerjasama dan pemindahan teknologi bersama rakan kongsi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd
Perodua sedan ini, yang dinamakan Bezza, merupakan model transformasi kedua (selepas Axia) dan kereta siap untuk pasaran global pertama dengan varian 1.3L Advance dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan moden dan Perodua Bezza dikeluarkan di kilang diperakui EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd
HARGA SPESIFIKASI DAN GAMBAR KERETA PERODUA BEZZA BARU 2016
Ciri-Ciri Kereta Perodua Bezza 2016
Kereta dilengkapi teknologi moden, penggunaan yang mengagumkan serta mampu dimiliki itu dibina dengan tanda dagang Perodua dari segi kualiti, kebolehpercayaan, nilai dan penjagaan
Perodua Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L Transmisi Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Transmisi Manual dan Automatik serta 1.3L Advanced Version Transmisi Automatik
Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran yang membolehkan pengguna mengekalkan kestabilan semasa memandu. Varian ini juga didatangkan dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Tarikan (TRC) yang membolehkan pemandu mengekalkan daya tarikan di atas jalan yang licin
Satu lagi ciri-ciri pertama bagi Perodua adalah butang mula/henti dengan kunci pintar yang hanya boleh didapati dalam varian 1.3L. Dari segi multimedia, varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan alatan mudah alih multimedia yang membolehkan pengguna mengakses media sosial dan hiburan daripada gajet Android ketika kenderaan berada dalam keadaan statik
PERODUA Bezza menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP
PERODUA Bezza didatangkan dengan enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam iaitu ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’
LAMPIRAN SPESIFIKASI KERETA PERODUA BEZZA 2016
GAMBAR-GAMBAR PERODUA BEZZA 2016
Back to Top