-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Bagaimana buat Semakan Status KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia) online? Menurut maklumat yang di siarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Bank Rakyat akan melancarkan sistem semakan status KADS1M bermula 1 June 2017.

Sistem Semakan Status KADS1M mudah dan pantas

Pelajar yang telah membuat permohonan KADS1M boleh membuat semakan status permohonan KADS1M mereka melalui sistem semakan online yang telah disediakan ini.

Biasanya anda akan mendapat email makluman dari Bank Rakyat. Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima email dari Bank Rakyat, anda boleh membuat semakan status KADS1M anda terus secara online.

Semakan secara online ini lebih mudah dan pantas.

Semakan Status KADS1M secara online
Anda boleh membuat semakan secara online dengan cara seperti di bawah:

1. Layari applikasi semakan KADS1M online : https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC
3. Klik ‘Semak’

Sila rujuk gambar di bawah.
Cara semakan status KADS1M secara online

Semakan Status KADS1M Melalui Talian Hotline.

1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
2. Pilih Bahasa
3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan.

Kepada yang berjaya kamu ucapkan TAHNIAH! Gunakan kemudahan tersebut dengan sebaik-baiknya sebagai pelajar.


Sumber:pendidikanmalaysia
Back to Top