Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah mengambil keputusan SPM tahun 2012 yang lalu. Tahniah lagi sekali bagi yang mendapat keputusan cemerlang. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman kepada adik-adik tentang hala tuju selepas ini. diploma? matrikulasi? atau asasi? Syukurlah kepada Allah S.W.T. kerana Dia masih izinkan kita untuk meneruskan kehidupan ini.
Dengan sedikit pengalaman yang saya bakal kongsikan ini, diharap dapat membantu adik-adik untuk memilih hala tuju yang terbaik. Saya bukanlah seorang ahli akademik atau daripada mana-mana pentadbir. Hanya seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda. Ini hanyalah pendapat peribadi saya untuk dikongsi. Diharap dengan sedikit perkongsian yang saya usahakan ini, sedikit sebanyak dapat membantu. Fokus perbincangan saya hanya kepada peluang pendidikan dalam negara.
Untuk memilih tempat belajar perlulah melihat kembali kepada result yang kita dapat. Realistik.
Matrikulasi vs asasi
3 tahun yang lalu saya juga menghadapi dilema, asasi atau matrikulasi?. Alhamdulillah keputusan SPM yang saya dapat pada masa itu agak baik. Saya membuat pilihan untuk memasuki program asasi di UiTM Puncak Alam. Apa beza program asasi dan matrikulasi ini?
Program asasi ini diuruskan oleh Universiti, dibawah kementerian pengajian tinggi. Manakala program matrikulasi dibawah pengurusan kementerian pelajaran yang juga menguruskan sekolah rendah dan menengah.
Silibus yang digunapakai juga berbeza. Program asasi ini lebih banyak menggunakan silibus daripada luar negara. Untuk mendapatkan buku rujukan ianya perlu ditempah oleh pensyarah dan selalunya mengambil masa 2 minggu untuk sampai. Berbeza dengan matrikulasi, buku rujukannya mudah didapati di kebanyakan kedai-kedai buku.
Kehidupan yang berlainan. Kehidupan di Asasi ini agak mencabar kerana pergaulannya banyak bersama pelajar-pelajar lain sama ada ijazah atau diploma. Matrikulasi pula lebih kepada kehidupan berasrama rakan sebaya.
Universiti awam yang menawarkan program asasi ini banyak sebenarnya. Tetapi saya hanya tahu daripada UIAM, UiTM, USIM dan Universiti Malaya (UM). Pengalaman saya mengambil kursus asasi agak perit tetapi menyeronokkan. Pada mulanya saya agak terkejut dengan sistem pelajaran dan suasana universiti ini. Pelajarannya pantas. Satu topik boleh habis hanya dengan sekali syarahan sahaja. Keadaan ni ditambah lagi dengan gaya hidup bebas mahasiswa. Maklumlah dahulu masih fresh. Banyak perkara tidak diketahui. Mudah juga terikut-ikut gaya orang. Peraturan di Universiti ini kurang ketat, perlu banyak survive sendiri. Tidak seperti matrikulasi.
Di matrikulasi saya tidak mendengar sebarang masalah. Kerana suasananya seperti asrama sahaja. Asasi dan matrikulasi ini cuma setahun berbanding diploma 3 tahun. Bolehlah dikatakan setahun di asasi atau matrikulasi ini memang sangat sibuk.
Pandangan peribadi saya sekiranya rasa mampu untuk bersaing pada tahap tertinggi mohonlah program asasi. Tetapi sekiranya keyakinan diri terhadap kemampuan diri tidak begitu tinggi, matrikulasi pilihan terbaik. Sekali lagi saya ingin mengingatkan realistiklah. Keputusan SPM yang baik tak semestinya menjanjikan kita akan berjaya pada masa akan datang. Banyak faktor yang boleh mengubah kita. Sistem pendidikan peringkat tinggi juga agak berbeza daripada sistem sekolah.
Ramai rakan-rakan saya di matrikulasi mendapat keputusan yang lebih baik berbanding saya sedangkan mereka di program matrikulasi. Mungkin faktor sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama. Tahu perjalanannya bagaimana. Asasi tidak menjanjikan apa-apa kelebihan selain kehebatannya kepada requirement untuk memasuki program ini yang tinggi. Keputusan teruk akan ditendang keluar dan kuota untuk melanjutkan pelajaran di Universiti pada peringkat ijazah yang menawarkan program asasi itu sendiri tidak terjamin. Seperti contoh pelajar asasi UiTM tidak semestinya mengambil ijazah di UiTM. Ini bukan untuk menakut-nakutkan. Memanglah sekiranya malas berusaha dimanapun kegagalan akan kita temu.
Satu lagi yang menjadi kemushkilan saya adalah sistem pemilihan untuk program ijazah kelak. Seperti yang sedia maklum, pembelajaran di peringkat asasi ini lebih susah daripada matrikulasi. Silibus akademik dan kehidupannya. Gred peperiksaannya juga berdasarkan universiti. Tidak adillah untuk momohon semula UPU dan bersaing kembali dengan lepasan matrikulasi semula, yang mengikuti sistem yang berbeza dan dilihat lebih mudah. Apa bezanya asasi dan matrikulasi? dari perspektif ini dilihat rugi sedikit peringkat asasi ini kerana ianya lebih sukar lavelnya.
Kebaikan asasi pula adalah ketika di peringkat ijazah. Banyak perkara yang belajar di peringkat asasi diulang semula pada peringkat ijazah. Rakan-rakan matrikulasi saya adakalanya tidak pernah belajar subjek itu, tetapi saya sudah mempunyai asas ketika di asasi dahulu.
Diploma
Pengajian di peringkat diploma amat tenang. Ianya adalah jalan yang agak selamat tetapi mengambil masa dan kos yang lebih. Pengajian diploma agak relax. Banyak masa boleh digunakan untuk melakukan pelbagai perkara sambil belajar. Tetapi saya lebih menyarankan kepada adik-adik yang mendapat keputusan yang agak cemerlang untuk masuk ke matrikulasi. Sibuk setahun ini agak berbaloi. Jimat masa dan wang.
Namun terpulang kembali kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan. Ambil diploma kosnya mahal. Pinjaman PTPTN menjangkau belasan ribu. Naik peringkat ijazah, pinjam lagi. Di matrikulasi dan asasi elaun disediakan. (sekarang tak pasti masih ada atau tidak peruntukan elaun). Seorang rakan saya mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM daripada SBP. Tetapi beliau memilih untuk masuk ke politeknik. Sedangkan mendapatkan tawaran daripada matrikulasi dan diploma IPTA. Sekarang dia satu kelas bersama saya di peringkat ijazah. Tua dua tahun dia daripada saya.
Keputusan di tangan masing-masing. Saya hanya bertujuan untuk berkongsi sahaja. Sekiranya ada soalan boleh tanya.
Dapat saya simpulkan
Ranking kesukaran
1. Asasi
2. Matrikulsai
3.Diploma
Ranking kesenangan
1. Diploma
2. Matrikulasi
3. Asasi
Ranking peluang yang lebih mudah melanjutkan pelajaran ke ijazah
1. Matrikulasi
2. Asasi
3. Diploma
Ranking manfaat jangka panjang
1. Asasi
2. Matrikulasi
3. Diploma
* Penulisan ini berdasarkan pandangan ketika 2012.
http://abdulmuhaiminyusri.blogspot.my/2013/03/asasi-matrikulasi-atau-diploma.html