-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program penajaan bagi membolehkan proses permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017. Perubahan dan penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017.
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang. Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM melalui laman sesawang Kementerian secara berperingkat sebelum iklan penawaran dikeluarkan. Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan difahami oleh setiap bakal pemohon  bagi mendapat kefahaman yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.

Syarat HLP, Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa

Syarat HLP
SUMBER:
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dokumen Berkaitan Program Penajaan KPM adalah seperti di bawah:
Pengenalan Program Penajaan
Syarat-syarat HLP
Syarat-syarat CBBP TB
Syarat-syarat HLPS
Syarat-syarat CBTG TB
Jenis-jenis Penyakit Kronik
Sumber:pendidik2u
Back to Top