Sistem Gred Pemarkahan Untuk Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM Terkini. Berikut adalah skala gred standard yang digunapakai oleh semua sekolah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk rujukan semua. Semoga Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini ini dapat membantu dalam proses pembelajaran yang cemerlang untuk anak anda. Juga dikongsikan gred pemarkahan lama untuk perbandingan di bawah ini.
Untuk makluman, semakan keputusan peperiksaan secara online boleh di semakan di SAPS. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5).
- Laman web : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Sistem Gred Markah UPSR, PT3 dan SPM Terkini
Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian
Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-- Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016 : UPSR
- Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3
- Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016 : SPM
A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2016 : UPSR
Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Sekolah Rendah 2016 seperti berikut :-Julat Markah/ Gred / Catatan
- 80 - 100 : A : Cemerlang
- 65 - 79 : B : Baik
- 50 - 64 : C : Memuaskan
- 40 - 49 : D : Mencapai Tahap Minimum
- 0 - 39 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH : TH : Tidak Hadir
B) Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3
Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Rendah 2016 seperti berikut:-Julat Markah/ Gred / Catatan
- 85 - 100 : A : Cemerlang
- 70 - 84 : B : Kepujian
- 60 - 69 : C : Baik
- 50 - 59 : D : Memuaskan
- 40 - 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
- 0 - 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH : TH : Tidak Hadir
C) Julat Gred Markah Menengah Atas (MA) 2016 : SPM
Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Atas 2016 seperti berikut :-Julat Markah/ Gred / Catatan
- 90 - 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
- 80 - 89 : A : Cemerlang Tinggi
- 70 - 79 : A - : Cemerlang
- 65 - 69 : B + : Kepujian Tertinggi
- 60 - 64 : B : Kepujian Tinggi
- 55 - 59 : C + : Kepujian Atas
- 50 - 54 : C : Kepujian
- 45 - 49 : D : Lulus Atas
- 40 - 44 : E : Lulus
- 0 - 39 : G : Gagal
- TH : TH : Tidak Hadir
GRED PEMARKAHAN LAMA
Berikut dikongsikan sistem gred pemarkahan lama sebagai panduan dan perbandingan buat pelajar semua:-SKALA GRED SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1 HINGGA 6)
SKALA GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 DAN 3)
SKALA GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)
SISTEM GRED SPM
Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14.
Gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.
Semoga Sistem Gred Pemarkahan Bagi UPSR, PT3 dan SPM Terkini ini mampu meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam 2016 nanti.
Sumber SAPS