-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Faktor - Faktor Yang Menyebabkan Kejadian Tanah Runtuh

FAKTOR-FAKTOR (fokus) YANG MENYEBABKAN

KEJADIAN TANAH RUNTUH (isu).

Pendahuluan.
            Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu tanah runtuh kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu tanah runtuh ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu tanah runtuh berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung. Faktor-faktor kejadian tanah runtuh ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya

Isi Utama.

               Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh ialah aktiviti penebangan hutan tanpa kawalan.  (MENGAPA) Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penerokaan dan penebangan hutan terpaksa dilakukan untuk tujuan pertanian, perumahan, membina infrastruktur dan sebagainya. (BAGAIMANA) Apabila penebangan hutan dilakukan, maka akan menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur tanah yang longgar dan tidak stabil kerana tiada pelindung atau tanaman penutup bumi hingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh.  Hal ini menjadi lebih parah apabila adanya pembalakan haram, penerokaan tidak berlesen dan juga pertanian yang tidak sistematik. Jelaslah bahawa penebangan hutan merupakan factor kejadian tanah runtuh.

Selain itu, kejadian tanah runtuh juga berpunca daripada aktiviti penggondolan bukit untuk pembangunan di kawasan tanah tinggi. (MENGAPA) Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira factor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah atau batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan boleh mengundang kepada tragedi ngeri. (BAGAIMANA) Tanah yang digondolkan akan menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan boleh menyebabkan berlakunya gelongsoran tanah yang memungkinkan meragut nyawa dan kehilangan harta benda. Penggondolan dilakukan untuk pembinaan hotel, perumahan dan pembinaan lebuh raya. Jelaslah bahawa, penggondolan yang tidak terancang boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Faktor seterusnya, yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh ialah fenomena alam. (MENGAPA) Kita sedia maklum bahawa fenomena alam bukanlah dicipta oleh manusia tetapi manusia boleh merancang dan bersedia menghadapi fenomena alam menggunakan kaedah saintifik dan moden.(BAGAIMANA) Kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak. Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah. Tanah menjadi lemah dan mudah runtuh. Pada kebiasaannya, pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak. Kesannya akan berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit. Antara fenomena alam yang menjadi punca tanah runtuh ialah banjir, gempa bumi, hujan lebat dan sebagainya. Dapatlah disimpulkan bahawa, fenomena alam merupakan antara punca berlakunya tanah runtuh.

Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah menjadikan imej negara ini terjejas dengan teruknya. Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak pemaju perumahan amat diperlukan agar tidak membina projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama atau kedegilan pihak-pihak tertentulah yang menyebabkan masalah ini sukar untuk dikekang oleh kerajaan kita. Bak kata orang tua-tua, “nasi sudah menjadi bubur” yang mengingatkan kita bahawa semua yang berlaku sudah terlewat untuk dikesali kecuali kita sedar lalu bertindak mengatasinya dengan lebih awal.

KARANGAN SPM - Faktor - Faktor Yang Menyebabkan Kejadian Tanah Runtuh
Back to Top