-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Peranan ibu bapa melahirkan anak yang cemerlang - jawapan penyemak soalan

Anak merupakan satu anugerah Tuhan kepada mana-mana ibu bapapun. Kemunculan anak dalam kehidupan berkeluarga dianggap pemberi penyeri atausumber inspirasi pula. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa perlu memberikanperhatian dan penekanan terhadap usaha mendidik anak juga. Oleh itu, ibu bapamemang berperanan penting dalam mendidik anak mereka.

Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yangpaling rapat dengan anak mereka. Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa akanmenjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh teladanmereka pula. Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang baik bolehmempengaruhi sikap anak mereka pula nanti. Pendek kata, kerapatan ibu bapadengan anaklah yang menjadikan peranan mendidik itu penting dilaksanakan denganbaik.

Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buatanak-anak. Setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak pasti akan dirujukkepada ibu bapa untuk mendapat panduan menyelesaikannya dan kegagalan untukberinteraksi dengan ibu bapa ketika inilah yang menyebabkan anak-anak terganggukelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah ibu bapa yang sedar keadaan ini lalumemberikan pelbagai nasihat dan kata perangsang yang membantu anak mereka untukmengharungi zaman keremajaan mereka dengan baik. Justeru, ibu bapa pentingkerana merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika dibelenggupelbagai masalah hidup.

Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikankasih sayang kepada anak mereka terutama ketika anak mereka melakukankesilapan. Ibu bapa yang bijak mendidik akan memaafkan kesalahan anak merekawalaupun diri mereka berasa kecewa kerana sedar anak mereka perlu diberipeluang kali kedua. Tindakan memaafkan kesalahan anak dengan bijak dan penuhkasih sayang ini akan membentuk anak menjadi insan yang lebih baik sikapnya.Maka, ibu bapa penting kerana merekalah tempat kasih sayang bermula dalam hidupremaja itu.

Namun begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga pentingdalam kehidupan remaja. Pihak guru perlulah mendidik generasi muda ini denganpenuh tanggung jawab kerana masa remaja banyak juga dihabiskan di sekolah.Semua nasihat dan dorongan yang diberikan oleh pihak guru pasti meninggalkankesan mendalam dalam jiwa pelajar itu lalu membentuk peribadi yang mulia pula.Jadi, pihak sekolah juga memikul tugas mendidik generasi muda ini bersama-sama ibubapa.

Malah, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan pentingdalam pembentukan akhlak anak-anak mereka. Remaja yang berakhlak mulia pastimemiliki rakan yang serupa juga akhlaknya. Kegagalan memilih rakan yang baikakan menyebabkan seseorang remaja itu terjebak ke kancah negatif  yanglebih buruk pada masa hadapan. Oleh itu, anak juga hendaklah bijak memilihrakan supaya mereka tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermanfaat pula.

Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting dalam didikananak kerana mereka umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk memastikankehidupan anak berjalan lancar. Kerjasama anak juga penting supaya semuamasalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan pantas. Anakmerupakan satu tugas yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita semua. Peribahasamelentur buluh biarlah daripada rebungnya membuktikan betapa didikan ibu bapaketika anak itu masih kecil amat penting lagi bermakna untuk masa depan merekakelak.

KARANGAN PT3 - Peranan ibu bapa melahirkan anak yang cemerlang
Back to Top