-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Teknik SEO Blogger Paling Mudah? SEO lagi! Ya...SEO! SEO tidak boleh tidak diendahkan jika anda seorang blogger. Mahu atau tidak... Tahu atau tidak... Sedar atau tidak, sebenarnya anda memang menggunakannya!

Cuma... apa yang membezakan antara yang mahu, tahu dan sedar dengan sebaliknya adalah kedudukan artikel anda di enjin carian! Kelebihannya adalah untuk mendapatkan trafik organik yang tinggi melalui enjin carian Google.

Maka, tidak boleh tidak... Ada di antara elemen SEO atau Search Engine Optimization ini merupakan satu yang wajib untuk diaplikasikan apabila anda menerbitkan sesebuah artikel.

Cara Teknik SEO Blogger Paling Mudah

Tak perlu ngomel panjang, kita terus sahaja kepada topik utama... Berikut adalah cara dan teknik SEO yang paling mudah untuk anda gunakan atau aplikasikan. Sesiapa sahaja pun boleh melakukannya...

Walaupun cara ini tidak berupaya sepenuhnya untuk meningkatkan kedudukan di SERP tetapi ianya adalah teknik SEO asas yang dapat memberi kekuatan kepada artikel melalui kata kunci tertentu yang anda inginkan.

SEO Mudah

Sebenarnya aplikasi SEO paling penting dan mudah ini sudah siap disediakan di [Blogger Post] -> [Post settings] anda dan hanya menanti masa untuk digunakannya sahaja. Walaupun ramai yang tahu tetapi ramai juga yang tak tahu atau buat-buat tak tahu...
Cara Teknik SEO Blogger Paling Mudah
1. Tajuk Entri
Pastikan entri anda mempunyai tajuk. Tajuk entri adalah keperluan SEO yang paling penting (Title Tag - H1)! Tanpa tajuk, pasti entri anda tidak akan di indeks oleh enjin carian.

Tajuk yang diletakkan mestilah berkait dengan topik entri dan pastikan perkataan penting berkaitan entri digunakan pada tajuk. Sebagai contoh:
  1. Entri berkaitan BR1M - mesti ada perkataan BR1M pada tajuk
  2. Entri berkaitan Resepi - mesti ada nama resepi pada tajuk
  3. Entri berkaitan Orkid - mesti ada perkataan Orkid pada tajuk
Tajuk tersebut jangan terlalu pendek atau terlalu panjang. Paling kurang... 3 patah perkataan dan tidak melebihi 60 aksara.

2. Label
Pastikan anda meletakkan label. Tak perlu letak label panjang-panjang. Cukup sepatah dua perkataan yang bertepatan dengan kategori topik artikel anda. Label sebenarnya termasuk dalam schema wajib iaitu dikenali sebagai breadcrumbs dan terpapar di enjin carian.

3. Permalink
Bagi yang belum memahami apakah permalink... Ia adalah perkataan yang digunakan pada alamat entri atau URL. Alamat yang lengkap dan tepat dapat memudahkan enjin carian untuk mengenali dan memahami entri anda.
  • Contoh permalink artikel ini : http://www.dammahumnib.com/2016/08/teknik-seo-blogger-paling-mudah.html
Biasanya ia di setting automatik dengan menggunakan perkataan pada tajuk entri namun jika tajuk tersebut agak panjang, maka tidak semua perkataan akan digunakan dan ia adalah satu kerugian sekiranya kata kunci tiada dalam URL.

Namun sebenarnya anda boleh isikan permalink ini secara manual menggunakan pilihan Custom Permalink. Anda boleh guna apa jua perkataan dan ia tidak semestinya sama atau selari dengan tajuk.
  • Contoh Custom Permalink untuk artikel yang menggunakan tajuk yang panjang "Teknik Dan Cara Mudah Untuk Aplikasi SEO di Blog"
  • Cara menggunakan Custom Permalink: teknik-cara-mudah-aplikasi-seo-blog
  • Contoh URL yang terhasil: http://www.dammahumnib.com/2016/08/teknik-cara-mudah-aplikasi-seo-blog.html

4. Location
Sekiranya anda membuat entri berkaitan sesebuah tempat atau berada di lokasi tertentu, maka gunakan aplikasi ini dengan meletakkan lokasi Google Map tempat tersebut. Kelebihannya amat jelas kerana entri anda akan menjadi lebih kuat SEO untuk di indeks kerana kelebihan ini.

5. Search Description
Bahagian ini amat penting kerana menjadi antara perkataan dan ayat kata kunci utama yang digunakan di enjin carian. Pastikan ruangan ini tidak kosong! Caranya adalah dengan membuat satu kesimpulan atau ulasan ringkas entri dalam 90 hingga 120 aksara. Pastikan kata kunci yang anda inginkan terkandung di dalamnya.
  • Contoh Search Description entri ini: Cara belajar dan teknik yang paling mudah digunakan untuk aplikasi SEO buat blogger bagi meningkatkan ranking SERP & trafik tinggi

Belajar SEO

Bagi blogger permulaan atau yang tidak terlalu bergantung harap kepada enjin carian google... Anda telah pun memulakan langkah pertama dalam mengaplikasikan SEO dalam entri anda. Ianya adalah cara dan teknik yang amat mudah buat pengguna blogger.

 Jika anda ingin pertingkatkan lagi SEO maka teruskan menimba ilmu selanjutnya. Antara yang penting untuk anda pelajari adalah:

  • Menukar kepada Responsive SEO Optimization Template
  • Ilmu SEO On Page & Off Page
  • Daftar dan penuhi kehendak Google Search Console
Semoga berjaya bagi mereka yang mahu tahu dan sedar akan kepentingan serta keperluan SEO

http://www.dammahumnib.com/2016/08/teknik-seo-blogger-paling-mudah.html
Back to Top