Antologi Sejadah Rindu : Sajak Erti Hidup Bererti – Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 5 (SPM) (Teo Wei Sing)
TEMA
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
PERSOALAN
Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil
Berbakti kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka
Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya
Tanggungjawan seorang anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya
5 Kekuasaan Tuhan
Contoh : ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan