-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On

Sajak Erti Hidup Bererti : Nilai dan Pengajaran (Komsas BM Tingkatan 5)

Antologi Sejadah Rindu : Sajak Erti Hidup Bererti – Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 5 (SPM) (Teo Wei Sing)

NILAI

    Kasih sayang – kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu melupakannya.

    Ketabahan – ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak.

    Keinsafan – penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.

    Bertanggungjawab – sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.

PENGAJARAN

    Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.

    Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.

    Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.

    Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.

    Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.

    Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
Back to Top