Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM Usaha-usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan
: 45 minit)
Gambar
di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah. Huraikan pendapat
anda tentang usaha-usaha meningkatkan
penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah. Panjangya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PUSAT
SUMBER SEKOLAH
LOKASI PUSAT SUMBER PERLULAH STRATEGIK
MENGHEBAHKAN KEMUDAHAN PUSAT SUMBER KEPADA PELAJAR
MENGADAKAN PROGRAM MEMBACA
GALAKAN TEMPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR
Pusat
sumber
bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Banyak
bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah
bahan
rujukan, buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada
pelbagai
negara. Kesemua bahan ini adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan
warga
sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat sumber,
contohnya
kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal bahasa, bilik audio visual, dan
sebagainya.
Pelajar yang bijak dan tahu erti kepentingan ilmu akan memperoleh
pelbagai manfaat jika memaksimum penggunaan kemudahan pusat sumber
sekolah. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan
kemudahan Pusat Sumber Sekolah?
Antara usaha untuk
meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah dengan memastikan lokasi pusat sumber sekolah
perlulah strategik agar mudah dikunjungi oleh pelajar kerana prasarana
berkenaan merupakan gedung ilmu. Misalnya, lokasi pusat sumber perlu terletak
di bahagian bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar memudahkan
pengunjung. Lokasi PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk
membolehkan pengunjung memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga
perlu terletak di tempat yang menjadi tumpuan semua orang. Bangunan tersebut perlulah dicat dan dihias
dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid untuk mengunjungi dan meneroka kemudahan yang
terdapat di pusat sumber itu, bak kata pepatah, ’tak kenal maka tak cinta’. Selain itu, suasana di dalam pusat sumber perlulah
kondusif seperti terdapat penyaman udara, dan ruang membaca dan membuat rujukan
yang selesa. Suasana di pusat sumber juga perlu ceria, bersih dan senyap agar
pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan memberi tumpuan terhadap bahan yang
dibaca. Buku-buku yang terdapat dalam PSS perlulah ditambah bilangannya dan
yang terkini. Waktu PSS juga perlu ditambah untuk membolehkan murid-murid
meminjam buku dan membaca atau membuat ulang kaji. Sekiranya PPS kondusif serta mesra pelajar sudah
pasti pelajar di sekolah berkenaan akan membudayakan membaca sebagai amalan
mereka, malah bilangan pelajar cemerlang dalam ujian malah peperiksaan akan
meningkat. Tegasnya, lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik
dan kondusif untuk kemudahan dan keselesaan pelajar.
Usaha seterusnya
ialah guru Pusat Sumber Sekolah perlu
menghebahkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat
sumber. Hebahan tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan atau
melalui iklan di kawasan tumpuan pelajar seperti di laluan utama, di papan
kenyataan dan juga melalui guru mata pelajar. Melalui saluran ini, murid-murid
dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di
pusat sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang
menggunakan rangkaian internet dan komputer dan sistem automasi. Di samping
itu, bahan rujukan dan koleksi buku cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan
untuk menarik minat pelajar mengunjungi pusat sumber. Maklumat-maklumat tentang
buku dan bahan rujukan terkini perlu ditampalkan di papan kenyataan pusat
sumber dan kelas-kelas untuk rujukan murid. Jikalau, uasaha ini dijalankan berterusan sudah
pasti bilangan pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah akan meningkat, minat
membaca dalam kalangan pelajar akan disemai dan kadar buta huru dapat
disifarkan. Jelasnya, melalui hebahan tersebut, murid-murid dapat
maklumat tentang penggunaan perkhidmatan pusat sumber dan berminat untuk
mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.
Selain itu,
untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS perlu mengadakan Program Membaca. Program banyak
membaca atau program NILAM harus digiatkan lagi agar murid akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk
meminjam dan membuat bacaan di pusat sumber.
Program NILAM merupakan satu pendekatan untuk penyuburan tabiat membaca
dalam kalangan murid. Hal ini menggalakkan usaha berkekalan murid untuk
menanamkan sifat membaca. Di bawah program NILAM, setiap murid perlu merekodkan
buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan mengesahkan
rekod bacaan murid. Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku
yang dibaca. Di samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang
dibaca agar murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui
bahan yang dibaca bak kata pepatah ’jauh berjalan luas
pandangan, banyak membaca, menambah pengetahuan’. Tempat yang penuh
dengan bahan bacaan tidak lain dan tidak bukan tentulah di pusat sumber
sekolah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan kemudahan pusat
sumber sekolah dalam kalangan pelajar serta akan dapat meningkatkan bilangan
pelajar yang mendapat penghargaan pogram NILAM di peringkat sekolah, daerah,
negeri dalam program NILAM akan meningkat. Jika usaha murni ini berkekalan bilangan pelajar cemerlang
turut meingkat. Tegasnya, menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS
amat penting agar fungsi PPS menyerlah di peringkat sekolah sterusnya
melahirkan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bahkan juga,
galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran
sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat bijak. Pengurusan PSS Sekolah
dan pentadbir sekolah perlu menjadikan PPS sebagai tempat guru untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana PPS kondusif untuk tujuan
berkenaan. Sebagai sebuah gedung ilmu serta kemudahan untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif sudah pasti penyebaran dan
pengaliran ilmu daripada guru kepada pelajar akan lebih mudah. Hal ini kerana
proses pengajaran guru akan lebih mudah dengan peralatan yang disediakan di PPS
seperti peralatan paparan hablur cecair (LCD), persekitaran bilik seperti bilik
multimedia yang kondusif kepada pelajar,
serta bahan rujukan seperti kamus rujukan serta buku melibatkan pelbagai mata
pelajaran, serta adanya pendingin hawa, kemudahan ’wireless fidelity’ ( wifi)
memudahkan guru melaksanakan Pengajaran Abad Ke-21 yang menyeronokkan pelajar
kerana usaha
tangga kejayaan. Sekiranya, proses pengajaran dan pembelajaran cemerlang,
pelajar mudah menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh guru dan melahirkan
pengajaran dan pembelajaran berkesan. Sudah
terang lagi bersuluh, galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat
pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat
bijak untuk melahirkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Kesimpulannya, pusat
sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini dan mengikut peredaran
zaman agar pelajar tertarik dengan fungsi PPS sebagai penyebar ilmu. Kemudahan
yang disediakan perlu memenuhi keperluan pelajar dan menarik mereka untuk menggunakan
kemudahan yang disediakan. Pusat sumber harus menjadi nadi utama murid dalam
proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebenarnya, ilmu yang kita miliki
hanyalah setitik
air jika dibandingkan dengan lautan yang luas. Oleh itu, banyak manfaatkan
masa dengan membaca kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih tambahan pula
masa itu emas.
SEKIRANYA KARANGAN DI ATAS DIJAWAB UNTUK SOALAN BAHAGIAN B DIMENSI MASYARAKAT ATAU DIMENSI SESUAI TAMBAH SATU ISI LAGI