CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017
3. Potensi untuk memajukan kawasan berlorek.
Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:
JADUAL 3: JADUAL MENGENAI POTENSI UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
Carta Bar daripada hasil borang soal selidik
Antara beberapa cadangan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan adalah kawasan hutan belukar tepi jalan utama, kawasan lombong, kawasan paya bakau, kawasan kebun pokok getah atau kebun-kebun kelapa sawit. Antara cadangannya adalah seperti berikut :
1. Pembinaan rumah pangsapuri / rumah teres / kondominium (taman perumahan)
Contoh huraian:
2. Pembinaan MRT / LRT / komuter / Keretapi
Contoh huraian:
3. Bangunan pasaraya / pusat membeli-belah / restoran segera
Contoh huraian:
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Kampung Raja telah menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan–usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan,butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan.
4. Pembinaan jalan raya / lebuhraya
Contoh huraian:
5. Bangunan kerajaan - sekolah, balai polis, balai bomba atau pejabat
Contoh huraian:
6. Kemudahan infrastruktur - surau, taman permainan, stesen bas
Kawasan tanah pamah juga dibangunkan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hamidiah Kampung Kenayat. Dengan masjid ini penduduk lebih senang untuk mengerjakan solat berjemaah dan solat jumaat tanpa bersusah untuk ke masjid yang lebih jauh.
Contoh huraian:
Sungai yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu sungai boleh dibina empangan bagi tujuan ini. Sungai-sungai lain yang panjangnya 30 kilometer turut mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa elektrik. Pembinaan empangan akan menambahkan bekalan elektrik.
Contoh huraian:
Selain itu, kampung ini sememangnya mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman buah naga dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas.
Kawasan tanah pamah yang subur ini sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yang sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian ialah Kampung Gelegoh lama. Kawasan tanah pamah yang terletak ditebusguna adalah dianggarkan keluasan sebanyak 5 hektar.
Di kawasan tanah tinggi sesuai dimajukan untuk kegiatan pertanian. Teh dan tanaman hawa sederhana sesuai ditanam di sini. Di kawasan tanah tinggi mempunyai suhu dan keadaan yang sesuai untuk pertanian yang berpotensi juga untuk dimajukan. Kawasan ini mungkin perlu dibuat teres dan diratakan terlebih dahulu untuk dijadikan kawasan pertanian.
Di kawasan tanah beralun, terdapat getah dan kelapa sawit yang ditanam di kebun kecil atau di lading kepunyaan FELCRA dan RISDA. Getah amat sesuai ditanam di kawasan tanah beralun yang bersaliran baik. Penduduk kampung di sekitar Bandar Kuala Berang terlibat dalam kegiatan ini.
Perikanan menjadi sumber ekonomi yang penting bagi penduduk di sepanjang pinggir pantai dan di pulau-pulau. Laut menjadi sumber bekalan ikan yang utama. Oleh itu, banyak pelabuhan perikanan yang dibina di sepanjang pinggir laut Malaysia.
Peranginan dan pelancongan - Kawasan tanah tinggi yang berudara segar dan mempunyai pemandangan yang indah. Pinggir pantai yang menarik menjadi tumpuan rekreasi dan pelancongan. Kawasan luar pantai pulau-pulau yang mempunyai pertumbuhan terumbu karang menerima ramai pelancong.
Kawasan pinggir laut Malaysia mempunyai pantai berpasir yang indah. Ciri yang menarik ini menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan utama kegiatan rekreasi dan pelancongan. Hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di kawasan ini untuk menggalakkan industri pelancongan.
Sungai mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusat eko-pelancongan. Contohnya ialah aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot. Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Selain itu, sungai mempunyai potensi dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang.
CONTOH JAWAPAN
3. Potensi untuk memajukan kawasan berlorek.
Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik
Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:
JADUAL 3: JADUAL MENGENAI POTENSI UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
Potensi | Kekerapan |
Pertanian | 9 |
Pelancongan | 8 |
Pusat Perniagaan | 2 |
Jumlah | 20 |
Sumber: Responden-responden yang disoal selidik
Carta Bar daripada hasil borang soal selidik
Antara beberapa cadangan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan adalah kawasan hutan belukar tepi jalan utama, kawasan lombong, kawasan paya bakau, kawasan kebun pokok getah atau kebun-kebun kelapa sawit. Antara cadangannya adalah seperti berikut :
1. Pembinaan rumah pangsapuri / rumah teres / kondominium (taman perumahan)
Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan penempatan utama. Taman Seri Kelemak turut berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan. Sememangnya kawasan kampung ini mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Dengan keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina petempatan di kawasan ini.
2. Pembinaan MRT / LRT / komuter / Keretapi
Contoh huraian:
Kemudahan pengangkutan bas / LRT / teksi memudahkan penduduk untuk berulang alik ke tempat kerja dan sekolah.
3. Bangunan pasaraya / pusat membeli-belah / restoran segera
Contoh huraian:
Dua orang responden yang berbangsa Melayu berpendapat bahawa kawasan ini sesuai sebagai kawasan perniagaan. Terdapat sebuah Pasaraya Giant di sini dan tidak lama lagi, sederet rumah kedai akan dibina di kawasan ini yang menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjalankan kegiatan perniagaan.
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Kampung Raja telah menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan–usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan,butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan.
4. Pembinaan jalan raya / lebuhraya
Contoh huraian:
Kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina kemudahan jalan raya di kawasan ini. jalan raya dan landasan kereta api lebih mudah dibina kerana ia hanya melibatkan kos yang rendah.
5. Bangunan kerajaan - sekolah, balai polis, balai bomba atau pejabat
Contoh huraian:
penduduk di Kampung Raja terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Kampung Raja terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah, MRSM dan Institut Perguruan iaitu Institut Perguruan Sultan Mizan. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat–tempat tersebut.
6. Kemudahan infrastruktur - surau, taman permainan, stesen bas
Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan-kemudahan sosial. Kemudahan sosial yang disediakan ialah seperti tempat perhentian bas dan satu lagi yang dibina oleh kerajaan ialah dewan serbaguna. Kemudahan yang lain seperti perkhidmatam awan juga diadakan.
Kawasan tanah pamah juga dibangunkan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hamidiah Kampung Kenayat. Dengan masjid ini penduduk lebih senang untuk mengerjakan solat berjemaah dan solat jumaat tanpa bersusah untuk ke masjid yang lebih jauh.
7. Pembinaan empangan
Contoh huraian:
Sungai yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu sungai boleh dibina empangan bagi tujuan ini. Sungai-sungai lain yang panjangnya 30 kilometer turut mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa elektrik. Pembinaan empangan akan menambahkan bekalan elektrik.
8. Kawasan kegiatan ekonomi - industri, pertanian, pelancongan, pembinaan
Contoh huraian:
Taman Seri Kelemak mempunyai banyak potensi bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Selain itu, kawasan Taman seri Kelemak turut berhampiran dengan kegiatan perindustrian.
Kawasan tanah tinggi berpotensi untuk bidang perindustrian, dengan mendirikan sebuah kilang melebur batu-bata. Batu yang boleh dilebur di kilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini boleh dibina di kampung ini untuk melebur batu-bata yang kecil mahupun yang besar saiznya. Batu-batan lebur akan dijual kepada pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting.
Pembekal kayu bakau - kawasan pinggir laut yang berpaya-kayu bakau digunakan sebagai cerucuk bangunan, kayu api dan kayu arang.
Kawasan tanah tinggi berpotensi untuk bidang perindustrian, dengan mendirikan sebuah kilang melebur batu-bata. Batu yang boleh dilebur di kilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini boleh dibina di kampung ini untuk melebur batu-bata yang kecil mahupun yang besar saiznya. Batu-batan lebur akan dijual kepada pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting.
Pembekal kayu bakau - kawasan pinggir laut yang berpaya-kayu bakau digunakan sebagai cerucuk bangunan, kayu api dan kayu arang.
Selain itu, kampung ini sememangnya mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman buah naga dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas.
Kawasan tanah pamah yang subur ini sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yang sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian ialah Kampung Gelegoh lama. Kawasan tanah pamah yang terletak ditebusguna adalah dianggarkan keluasan sebanyak 5 hektar.
Di kawasan tanah beralun, terdapat getah dan kelapa sawit yang ditanam di kebun kecil atau di lading kepunyaan FELCRA dan RISDA. Getah amat sesuai ditanam di kawasan tanah beralun yang bersaliran baik. Penduduk kampung di sekitar Bandar Kuala Berang terlibat dalam kegiatan ini.
Kawasan bekas lombong juga mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar. Contohnya kawasan bekas lombong di sekitar Ipoh yang ditebus guna sebagai kawasan kebun sayur, buah-buahan dan dijadikan kawasan ternakan ikan.
Pengairan dan kegunaan domestik:
- Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Para penduduk amat bergantung kepada sungai ini.
- Tasik yang begitu luas memberi manfaat kapada penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan kerana tasik ini mempunyai sumber protein.
Tapak pelabuhan - Kawasan di sepanjang pinggir pantai mempunyai potensi untuk dibina pelabuhan Kawasan di pinggir laut yang terlindung daripada tiupan angin kencang dan laut dalam sesuai dibina pelabuhan. Ia juga penting untuk kegiatan perdagangan antarabangsa.
kawasan tanah pamah di sekitar Bandar Kuala Berang memang sesuai dijadikan tapak perusahaan. Keadaan tanah yang rata membolehkan pihak MARDED mendirikan kilang memproses getah. Bekalan getah diperoleh daripada pekebun-pekebun kecil atau lading getah FELCRA Dan RISDA.
Kawasan Taman Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini sesuai untuk kegiatan pembalakan. Sesetengah kawasan ini diliputi hutan belantara yang membolehkan kawasan ini sesuai untuk menjalankan kegiatan pembalakan.
Peranginan dan pelancongan - Kawasan tanah tinggi yang berudara segar dan mempunyai pemandangan yang indah. Pinggir pantai yang menarik menjadi tumpuan rekreasi dan pelancongan. Kawasan luar pantai pulau-pulau yang mempunyai pertumbuhan terumbu karang menerima ramai pelancong.
Selain potensi pertanian, kawasan tanah tinggi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi dan eko-pelancongan. Pembinaan taman rekreasi ala Perancis di Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2001 menunjukkan bahawa masih ada kawasan tanah tinggi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pusat rekreasi dan pelancongan.
Sungai mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusat eko-pelancongan. Contohnya ialah aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot. Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Selain itu, sungai mempunyai potensi dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang.
Sumber:ceriteracintabalqis