-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
jawatan kosong guru mrsm
Jawatan Kosong Guru MRSM ini adalah untuk diwar-warkan kepada umum. Mereka yang berminat dan layak adalah sangat digalakkan untuk mengisi borang permohonan. Sebelum itu mari kita kenali dulu serba sedikit mengenai MARA.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemahuan Luar Bandar dan Wilayah sedang mencari warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komitmen ke arah menerajui kecemerlangan pendidikan dalam mengangkat martabat bangsa.
Individu yang memiliki ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di institusi pendidikan Mara. Jadi apalagi, dijemput semua untuk memohon.

Sila Baca Dengan Teliti Sebelum Mengisi Borang

  • Sila Rujuk Kepada Iklan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon Bagi Memastikan Syarat – Syarat Jawatan Dipenuhi.
  • Hanya Satu Permohonan Sahaja Dibenarkan Untuk Setiap Permohonan.
  • Sila Pastikan Maklumat Anda Diisi Dengan Lengkap Dan Sempurna Sebelum Hantar.
  • Calon-calon yang Disenarai Pendek Sahaja Yang Akan Dihubungi.
  • Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), Seseorang Pemohon Yang Memberi Maklumat Palsu Atau Mengelirukan Dalam Borang Pemohonan Jika Disabit Kesalahan Boleh Dihukum Penjara 2 Tahun Atau Didenda Dua Ribu Ringgit Malaysia Atau Kedua-duanya Sekali.
  • Saya Akui Bahawa Maklumat Yang Diberi Adalah Benar Dan Sekiranya Maklumat Itu Didapati Palsu, Permohonan Saya Akan Terbatal Dan Jika Saya Telah Ditawarkan, Perkhidmatan Saya Akan Ditamatkan Serta-merta.

Jawatan Kosong MARA yang ditawarkan

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GRED DG41) dengan gaji minimum RM2,188.00 dan gaji maksimum RM9,552.00 sebulan.

Jawatan Kosong Guru MRSM Bagi Subjek Berikut

Iklan Tawaran Kerja ini ialah khas untuk mencari guru baru bagi mengajar di institusi MARA. BIdang dan subjek yang dicari ialah
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Media
  • Pendidikan Senireka/ Visual
  • Sains Komputer
  • Geografi
  • Sejarah/ Sivik
  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Kemahiran Hidup
  • Komputer Multimedia & Animasi
  • Rekabentuk Fesyen

Tarikh Tutup Permohonan Guru MRSM

Permohonan ini sebenarnya dibuka tidak lama. Oleh sebab itu pastikan anda memberitahu mereka yang layak sama ada keluarga atau rakan-rakan untuk segera mengisi borang permohonan online ini.
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Julai 2017
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi 03-2613 2000 dan sambungan 34426 dan 34430.

Permohonan Secara Online Guru MRSM


Disini admin nak kongsikan link tersebut. Sila baca dengan jelas dahulu syarat-syarat yang telah dinyatakan diatas.
Isi Borang Permohonan : Guru MRSM
Baiklah itu sahaja perkongsian kali ini. Jika anda mempunyai sebarang perkongsian boleh kongsikan kepada kami untuk kami war-warkan.

Sumber:sistemguruonline
Back to Top