-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Semua orang digalakkan menguasai bahasa asing kerana banyak faedahnya.Dengan menguasai bahasa asing, seseorang itu boleh meluaskan ilmu pengetahuan.Jelaskan pendapat anda tentang kebaikan menguasai bahasa asing.

Dalam era globalisasi kini, kita wajar menguasai bahasa asing.Penguasaan bahasa asing sudah menjadi suatu keperluan penting yang mendesak.Hal in demikian kerana, banyak urusan harian yang menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris banyak kebaikan yang akan kita peroleh dengan menguasai bahasa asing.

Dengan menguasai bahasa asing, kita akan dapat meluaskan ilmu pengetahuan.Sebagai contohnya, sekiranya kita menguasai bahasa Inggeris, maka kita akan dapat yang berkaitan dengan sains dan teknologi.Perkara ini demikian kerana, pelbagai bahan  bacaan yang berkaitan dengan sains dan teknologi kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, kita akan dapat meningkatkan tahap keyakinan sekiranya menguasai bahasa asing.Hal ini demikian kerana, dengan lebih yakin ketika berhadapan dengan orang ramai.Kita akan petah bicara dan sekali gus akan menghilangkan perasaan gugup dan malu.

Kita juga akan dapat meningkatkan daya saing sekiranya ita menguasai bahasa asing.Dengan menguasai bahasa asing seperti bahasa Perancis,Jepun dan Korea, kita berpotensi besar untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat terkemuka dunia.Para pekerja pula akan bersaing antara satu sama lain dan perkara-perkara ini merupakan satu perkembangan yang positif bagi syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kesimpulannya,penguasaan bahasa asing menjadi semakin penting pada zaman sekarang.Dalam dunia yang serba mencabar kini, bahkan kepada pembangunan negara.Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk mempelajari sekurang-kurangnya satu bahasa asing, kerana hendak seribu daya, tak hendak hendak seribu dalih.

CONTOH KARANGAN PT3 - Semua orang digalakkan menguasai bahasa asing kerana banyak faedahnya.Dengan menguasai bahasa asing, seseorang itu boleh meluaskan ilmu pengetahuan.Jelaskan pendapat anda tentang kebaikan menguasai bahasa asing.
Back to Top