Para pelajar memang menantikan cuti sekolah kerana mereka boleh melakukan banyak aktiviti pada masa itu.Ceritakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka semasa cuti sekolah.
Sememangnya, ketibaan cuti sekolah dinanti-nantikan oleh para pelajar. Hal ini demikain kerana jangka cuti sekolah tersebut agak panjang, terutamanya cuti akhir tahun. Pada masa cuti persekolahan itu, para pelajar boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti melancong, pulang ke kampung, membantu ibu bapa, belajar berniaga, dan sebagainya.
Semasa cuti sekolah, para pelajar boleh merehatkan minda daripada pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Mereka boleh melupakan buku-buku sekolah buat sementara waktu. Oleh itu, mereka bolehlah membaca buku cerita atau novel yang menarik semasa cuti sekolah.
Selain itu, para pelajar juga boleh pergi bercuti bersama-sama dengan keluarga. Mereka boleh melancong ke tempat-tempat yang menarik di negara kita seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Pulau Tioman, dan sebagainya. Mereka juga boleh pulang ke kampung halaman ibu ataupun kampung ayah masing-masing.
Terdapat pula pelajar yang suka membantu ibu bapa bekerja sewaktu cuti persekolahan. Ada pelajar yang suka mengikut ibu atau bapa mereka ke tempat kerja. Hal ini akan memudahkan pelajar-pelajar memahami pekerjaan ibu atau bapa mereka, terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja di kampung.
Tidak ketinggalan juga, ada pelajar yang menggunakan masa cuti mereka dengan belajar berniaga. Dengan cara itu, mereka dapat mengisi masa terluang dengan berfaedah ibarat serampang dua mata. Selain mendapat wang saku untuk dijadikan belanja persekolahan, mereka juga memperoleh pengalaman yang amat berfaedah.
Oleh itu, semua pelajar sentiasa menantikan cuti penggal persekolahan yang akan menjelma saban tahun. Mereka juga mengharapkan percutian yang akan ditempuh itu nanti akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka. Di samping itu, mereka juga akan mendapat pengalaman yaang bermakna jika cuti tersebut dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah ibarat sambil menyelam minum air.
CONTOH KARANGAN PT3 - Para pelajar memang menantikan cuti sekolah kerana mereka boleh melakukan banyak aktiviti pada masa itu.Ceritakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka semasa cuti sekolah.