-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Teknik dan cara cetak sijil dengan cepat



Teknik ini dikongsikan oleh rakan guru dari sekolah di daerah Dungun. Sesiapa yang ada cadangan dan mahu artikel disiarkan boleh emel kepada kami.
Entri kali ini, pihak kami mahu berkongsi cara dan teknik bagi membantu guru mencetak sijil program ataupun anugerah kepada murid dengan cepat dan pantas
Langkah 1
  • Buka perisian microsoft excel dan word.
  • Pada microsoft excel, isikan nama dan no ic murid di bawah kolum nama dan ic murid.
  • Pada perisian excel masukkan nama murid dan ic kemudian save sebagai workbook dengan nama file “senarai nama”.
  • Pada perisian word, bina tapak sijil.
Langkah2
  • untuk langkah seterusnya, klik pada mailing dan pilih “use existing list”.
Langkah 3
  • Selepas memilih “existing list” cari tempat di mana file excel senarai nama tadi disimpan dan pilih file tersebut.
  • Pilih sheet 1 sebagai sumber data korang.
Langkah 4
  •  Seterusnya, highlightkan perkataan “nama” dan klik pada “insert merge field” dan pilih pada tab “nama”.
  • Begitu juga dengan no ic, highlight kan no ic dan klik pada “insert merge filed dan pilih pada tab no ic.
Langkah 5
  •  Selepas itu klik pada preview result untuk melihat nama dan ic murid. Anak panah sebelah preview result adalah untuk melihat nama bagi murid yang lain.
    Selepas itu klik pada “finish and merge” dan print document/sijil tersebut.
    Siap!!!!
    Mudah bukan. Selamat mencuba!!!
Back to Top