NILAI-NILAI MORAL DAN HURAIAN UNTUK NILAI
Bil | Nilai | Huraian |
1 | Kepercayaan kepada Tuhan | · Mematuhi ajaran Tuhan · Mengamalkan ajaran agama · Menuruti tuntutan agama · Mempunyai pegangan agama yang kukuh · Bertindak mengikut ajaran agama |
2 | Amanah | · Mengamalkan sikap yang boleh dipercayai oleh orang lain dalam menjalankan tanggungjawab diberi · Bersifat jujur |
3 | Harga Diri | · Menjaga nama baik/imej diri · Menjaga nama baik/imej keluarga · Mengharumkan nama… |
4 | Bertanggungjawab | · Menjalankan kerja/tugas yang diberi dengan baik · Memainkan peranan sebagai… dengan baik · Menjaga kebajikan … · Tahu peranan…ialah … · … diurus dengan baik |
5 | Hemah Tinggi | · Berbudi bahasa · Besikap bersopan santun · Berperibadi mulia · Berakhlak baik · Menjaga imej diri…agar tidak dipandang serong |
6 | Toleransi | · Mengawal perasaan/emosi · Besikap sabar dan tenang · Bersikap liberal · Tidak bertindak terburu-buru |
7 | Berdikari | · Tidak mengharapkan bantuan … · Melakukan tugas/perkara dengan sendiri |
8 | Kerajinan | · Tidak mudah putus asa · Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam … untuk mencapai kejayaan · Berupaya menghadapi cabaran dan rintangan dengan semangat yang kuat |
9 | Kasih Sayang | · amat menyayangi … · Mengambil berat terhadap… · Berperasaan sayang yang kekal abadi · Prihatin terhadap… |
10 | Keadilan | · Tidak pilih kasih terhadap… · Mengambil tindakan yang sama terhadap kedua-dua pihak tanpa mengira/dipengaruhi oleh pangkat dan keturunan · Membuat keputusan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja |
11 | Rasional | · Memikirkan kesan/akibat/implikasi… · Boleh membuat pertimbangan yang baik dengan … · Berfikir sebelum bertindak · Mengambil kira … · Menimbangkan kesan positif… · Ambil tindakan/langkah terbaik dengan mengambil kira… |
12 | Kesederhanaan | · Bersikap tidak melampau dalam… · Tidak mengabaikan kebajikan /perasaan/diri dan orang lain · Tidak bercakap/ bertutur keterlaluan · Tidak bertindak di luar batasan |
13 | Kasih Sayang terhadap keluarga | · Menyayangi anggota keluarga · Sayangi anggota keluarga dengan kekal abadi · Berperasaan amat menyayangi/mencintai anggota keluarga · Terus menyayangi… |
14 | Hormat dan taat kepada anggota keluarga | · Sanjungi setiap anggota keluarga · Memberi layanan yang baik terhadap anggota keluarga · Mempunyai hubungan yang mulia/baik dengan anggota keluarga · Menghargai… |
15 | Mengekalkan tradisi kekeluargaan | · Menerima warisan/amalan yang diwarisi keluarga · Menghormati adat resam keluarga · Mengamalkan adat resam dan pantang larang nenek moyang |
16 | Tanggungjawab terhadap keluarga | · Peranan terhadap keluarga yang harus dilaksanakan oleh setiap anggota keluarga · Untuk mewujudkan keluarga sejahtera /menjaga nama baik keluarga · Berasa gembira dapat… |
17 | Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar | · Sedar kepentingan menjaga alam sekitar · Tidak mengugat/mengancam kepentingan ekosistem · Tidak memusnahkan/merosakkan flora dan fauna · Habitat haiwan dan tumbuhan tidak musnah/pupus · Menjaga alam sekitar… · Membaikpulih alam sekitar |
18 | Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar | · Menjaga hubungan yang baik/sejahtera antara manusia dan alam · Menjaga kualiti kehidupan antara manusia dan alam · Kekalkan flora dan fauna |
19 | Kemapanan Alam Sekitar | · Memikul tugas bersama bagi mengekalkan keseimbangan alam sekitar · Menjaga alam secara maufakat · Bekerjasama bagi menjaga alam sekitar · Memainkan peranan secara bersemangat berpasukan bagi memelihara alam sekitar · Memelihara hutan simpanan · Memastikan ekosistem terpelihara · Peranan semua pihak menjaga alam sekitar |
20 | Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar | · Mengambil berat masalah alam sekitar · Berganding bahu menyelesaikan masalah alam sekitar · Sedar masalah yang berlaku · Berusaha menangani masalah yang berlaku |
21 | Cinta akan Negara | · Menyayangi dan kagum terhadap negara · Mengutamakan kepentingan negara · Menyokong usaha/program negara · Cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap negara |
22 | Taat Setia kepada Raja dan Negara | · Mengutamakan raja dan negara · Menurut/ Menjunjung perintah raja dan negara · Patuh kepada raja dan negara |
23 | Sanggup berkorban untuk Negara | · Sanggup menggadai nyawa untuk negara · Mencurah bakti kepada negara · Bersedia berkhidmat/memberi sumbangan kepada negara |
24 | Melindungi Hak kanak-kanak | · Menegakkan hak kanak-kanak · Menjaga hak kanak-kanak · Memastikan keperluan kanak-kanak dipelihara · Menjamin keselamatan kanak-kanak |
25 | Menghormati Hak Wanita | · Menjaga hak wanita · Menghargai sumbangan wanita |
26 | Melindungi hak pekerja | · Memelihara hak pekerja · Menjaga hak pekerja · Menjaga kebajikan golongan pekerja |
27 | Menghormati hak golongan kurang berupaya | · Menjaga hak golongan kurang berupaya · Memberi layanan yang baik kepada golongan kurang berupaya · Tidak memandang serong/rendah golongan kurang berupaya · Tidak pinggir golongan kurang berupaya · Menghargai golongan kurang berupaya |
28 | Melindungi hak pengguna | · Menegakkan hak pengguna · Menjaga kebajikan pengguna · Memastikan pengguna tidak ditindas oleh pengeluar · Menjaga hak pengguna agar tidak ditindas |
29 | Mematuhi peraturan dan undang-undang | · Akur dengan peraturan dan undang-undang · Tidak melanggar peraturan dan undang-undang · …adalah salah di sisi undang-undang · …agar tidak dikenakan tindakan demerit/rotan/penjara/denda wang |
30 | Kebebasan bersuara | · Bebas mengeluarkan kata-kata dengan batasan · Bebas memberi idea dengan batasan/syarat · Mengemukakan pendapat dengan batasan/syarat · Bebas bercakap/berhujah dengan syarat |
31 | Kebebasan beragama | · Bebas memilih agama yang dianuti · Bebas mempraktikkan agama yang dianuti · Bebas melibatkan diri dalam akiviti keagamaan yang dianuti |
32 | Penglibatan diri dalam pembangunan Negara | · Melibatkan diri/menyertai program pembangunan negara · Menyokong program/aktiviti pembagunan negara |
33 | Sikap keterbukaan | · Berlapang dada dalam menerima kritikan/pandangan · Menerima pendapat dengan hati yang terbuka |
34 | Hidup bersama secara aman | · Hidup secara aman damai/harmoni antara satu sama lain · Mementingkan kesejahteraan dan kedamaian hidup · Tiada pertelingkahan /perbalahan/ konflik/ pergaduhan/ peperangan · Tidak bertelagah dengan negara lain · Memastikan keamanan sejagat |
35 | Saling membantu dan bekerjasama | · Tolong- menolong antara satu sama lain · Bermuafakat |
36 | Saling menghormati antara negara | · Menjalinkan hubungan yang baik antara negara · Mempunyai hubungan diplomatik yang baik antara negara · Mementingkan hubungan diplomatik antara negara · Mengekalkan hubungan baik |