CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017
Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik
Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:
JADUAL 3: JADUAL MENGENAI HALANGAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN BERPOTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
Anda harus menghuraikan beberapa masalah dan halangan yang menghalang untuk memajukan kawasan yang berpotensi. Berikut adalah beberapa contoh halangan yang mugkin dialami di kawasan anda.
(a) Saliran
(b) Tanah pamah
(c) Hakisan Tanah
(d) Tanah Tinggi
(e) Tanah runtuh
(f) Pencemaran alam sekitar
Sumber:ceriteracintabalqis
CONTOH JAWAPAN
4. Halangan untuk memajukan kawasan berlorek.
Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik
Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:
JADUAL 3: JADUAL MENGENAI HALANGAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN BERPOTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
Halangan | Kekerapan |
Tanah Runtuh | 9 |
Cerun curam | 8 |
Banjir | 2 |
Jumlah | 20 |
Sumber: Responden-responden yang disoal selidik
Carta Pai daripada hasil borang soal selidik
HALANGAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN BERPOTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA
Anda harus menghuraikan beberapa masalah dan halangan yang menghalang untuk memajukan kawasan yang berpotensi. Berikut adalah beberapa contoh halangan yang mugkin dialami di kawasan anda.
(a) Saliran
Di kawasan ini, air sungai agak mudah melimpah keluar. Hal ini demikian kerana sungai di kawasan ini mempunyai kedalaman yang agak cetek disebabkan oleh proses pemendapan yang berlaku. Oleh itu, sungai hanya mampu menampung kuantiti air yang sedikit dan kejadian limpahan sungai mudah berlaku. Sungai yang beraliran deras pula sukar untuk pengangkutan.
(b) Tanah pamah
Di kawasan ini terdapat banyak tanah pamah dan ia banyak halangan bentuk muka bumi kepada manusia antaranya ialah tanah yang sempit di Alor Gajah ini. Selain itu, tanah pamah sering berlakunya banjir kerana kedudukannya yang rendah dan sistem perparitannya yang kecil. Oleh sebab itu Alor Gajah selalunya berlakunya banjir.
(c) Hakisan Tanah
Hakisan sering berlaku di kawasan tanah tinggi di kampong binjai rendah. Hal ini disebabkan oleh tadahan hujan yang dibina pada cerun bukit untuk kegiatan pertanian dan pembinaan rumah. Kegiatan ini telah banyak mengakibatkan hakisan-hakisan tanah serta tanih. Kegiatan pembalakan yang berleluasa dan tiada sikap bertanggungjawab juga telah mengakibatkan kepupusan beberapa jenis spesis tumbuhan dan haiwan di kawasan ini. Penebangan pokok di cerun bukit bagi pembinaan pula akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan.
(d) Tanah Tinggi
Tanah tinggi di kampung ini menyukarkan para penduduk untuk melakukan pelbagai kegiatan. Kedudukannya yang agak terpencil menyukarkan penduduk untuk berhubung. Malah tanah tingginya juga mempunyai cerun yang agak curam. Malah, untuk membina petempatan di sini agak sukar kerana memerlukan kos yang agak tinggi dan kedudukannya yang agak terpencil dari kawasan Bandar. Di sini masih terdapat binatang buas seperti babi hutan. Oleh yang sedemikian, penduduk jarang terdapat di sini. Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam juga sukar untuk dibina petempatan.
(e) Tanah runtuh
Oleh sebab Taman Juta terletak berhampiran dengan bukit, maka ia menghadapi risiko tanah runtuh. Jika tanah runtuh berlaku rumah-rumah di kawasan Taman Juta akan musnah dan ramai yang akan kehilangan tempat tinggal. Di samping itu, penduduk- penduduk juga akan mengalami kerugian harta benda kerana tanah runtuh berlaku.
(f) Pencemaran alam sekitar
Pencemaran yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai-pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Perlombongan bauksit di beberapa kawasan di negara ini menjejaskan sektor pelancongan negara malah kesan kegiatan itu telah mengurangkan sebanyak 20 peratus kehadiran pelancong ke hotel dan resort yang berdekatan lokasi perlombongan. Selain itu, di Cameron Highlands misalnya, banyak bukit-bukit yang telah gondol disebabkan penerokaan, situasi itu menjejaskan minat pelancong untuk berkunjung ke situ . Sekiranya alam sekitar musnah dan terjejas, ia telah memberikan tanggapan negatif kepada pelancong luar. Masalah jerebu juga menjadi cabaran. Ianya berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan daripada Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Sumber:ceriteracintabalqis