-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Contoh Jawapan Kerja Kursus Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah 

3.0 TUGASAN

Petikan berikut menerangkan konsep peristiwa bersejarah.
“Peristiwa bersejarah mempunyai fakta yang tepat dan bermakna kepada masyarakat setempat dan negara kita”

Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Tahun 2003

Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda.

Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

(a)    Tajuk kajian

(b)    Nama penulis

(c)    Isi kandungan:

(i)    Pengenalan - menjelaskan latar beiakang peristiwa bersejarah di tempat anda.

(ii)    Menerangkan faktor berlakunya peristiwa bersejarah.

(iii)    Menerangkan peristiwa bersejarah secara kronologi.

(iv)    Menilai kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara.

(v)    Menjelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa bersejarah.

(d)    Rumusan.

(e)    Sumber rujukan.

(f)    Membentangkan laporan hasil kajian.

Contoh jawapan tugasan folio Sejarah PT3 2017 peristiwa berdarah dan bersejarah ditempat tinggal anda. Calon dikehendaki menyelesaikan tugasan instrumental Sejarah PT3 2017 berjudul satu peristiwa bersejarah di kawasan tempat tinggal anda. Hasil laporan anda hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan. Calon wajib menyiapkan tugasan ini dalam tempoh pelaksanaan bermula 2 Mei 2017 sehigga 27 Mei 2017. Berikut adalah panduan dan contoh jawapan tugasan sejarah PT3 2017. Peristiwa pencerobohan Lahad Datu Sabah menjadi contoh utama dalam tugasan kali ini kerana peristiwa berdarah ini meninggalkan banyak kenangan pahit dan kesan patriotisme yang mendalam terhadap sejarah Malaysia.
Soalan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah Di Tempat Anda
Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah 
Senarai Penting Tugasan PT3 2017 Peristiwa Bersejarah Di Tempat Anda
Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah 
Skema Pemarkahan Tugasan Sejarah PT3 2017
1.Perancangan Awal  (8 Markah) – Menyediakan perancangan yang tepat, lengkap dan realistik serta mempamerkan kesungguhan.
  • Jadual  kerja
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian
  • Tajuk
2. Proses Awal (10 Markah) – Mengumpul maklumat berdasarkan pelbagai sumber rujukan
3. Kerangka Awal Penulisan (10 Markah)– Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh.
4. Pengenalan (5 Markah) – Menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda.
5. Faktor (20 Markah)– Menerangkan dan menghuraikan faktor berlakunya sejarah ditempat anda.
6. Kronologi (20 Markah)– Menerangkan dan menghuraikan kronologi sejarah ditempat anda.
7. Kesan Peristiwa Bersejarah (15 Markah)– Menilai kesan/ impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara.
8. Rumusan (5 Markah)– Rumusan yang merangkumi semua aspek dan sangat releven dengan tugasan. Rumusan mestilah mengandungi nilai murni dan nilai patriotisme.
9. Rujukan (5 Markah)– Sumber rujukan yang releven
10. Penilaian Umum (2 Markah)– kemas tersusun dan penggunaan bahasa yang baik dan memuaskan.
Contoh Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah Di Tempat Anda
Proses Awal: Perancangan jadual kerja/ senarai semak
Jadual Perancangan Kerja/ Senarai Semak Tugasan Sejarah PT3 2017
Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah 
Isi Kandungan Tugasan Sejarah PT3 2017
Kerangka Awal Kasar Penulisan Sejarah PT3 2017
Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. Kiranya kerangka kasar ni meliputi isi penting sahaja (point form)
Add caption
Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah 
Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah 

A) Tajuk Kajian : Krisis Pencerobohan Tentera Sulu Di Tanduo, Lahad Datu Sabah
B) Nama Penulis: Mohd Azim Bin Mohd Ridhwan
C) Objektif Kajian: Mengkaji kesan dan faktor tragedi hitam Pencerobohan Tentera Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah
D) Kaedah Kajian: Terdapat 5 kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan releven bagi menjayakan tugasan ini antaranya adalah:
  • Kaedah Rujukan Ilmiah: Akhbar
  • Kaedah Rujukan Internet: Nyatakan sumber pautan laman web
  • Kaedah temubual/ temu ramah: Menemu ramah penduduk di lokasi kejadian bersejarah
  • Pemerhatian: Melawat lokasi peristiwa bersejarah
  • Media: Rakaman video dari sumber berita televisyen TV3 dan Astro Awani. Akhbar online seperti Sinar Harian, Berita Harian dan petikan Bernama.
E) Pengenalan – Menghuraikan latar belakang lokasi dan bagaimana bermulanya peristiwa bersejarah
(sila huraikan pengenalan peristiwa bersejarah ditempat anda dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)
  • Krisis pencerobohan tentera sulu di Lahad Datu bermula di Kampung Tanduo, Felda Sahabat. Kampung Tanduo terletak kira-kira 120 KM dari pekan Lahad Datu.
  • Peristiwa bersejarah bermula apabila sekumpulan lelaki dengan pakaian berceloreng tiba di Kampung Tanduo pada 12 Februari 2013 dipercayai dihantar oleh Jamalul Kiram III.
  • Kumpulan ini mendakwa Sabah adalah hak kesultanan sulu dan Sabah harus dituntut dari Malaysia.
  • Rundingan antara Malaysia dan Tentera Sulu gagal mencapai kedamaian apabila tentera Sulu memilih untuk berperang secara gerila.
  • Pada 1 Mac 2013, pertempuran pertama berlaku menyebabkan kematian dua anggota PDRM.
F) Faktor Berlakunya Peristiwa Bersejarah Di Lahad Datu Sabah
(sila huraikan faktor tragedi bersejarah ditempat anda dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)
  • Pertelingkahan tuntutan kawasan-  Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu. Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara pada ketika dahulu dibawah milik Kesultanan Sulu sebelum diserahkan kepada British. Kesultanan Sulu merasakan perjanjian ambil alih Sabah oleh British tidak sah dan Sabah sepatutnya masih kekal dibawah milik kesultanan Sulu.
  • Kelemahan sistem pertahanan di perairan Sabah- Sebelum ketibaan tentera Jamalul Kiram, Sabah leka dengan keselamatan sistem perairan menyebabkan 100 lebih tentera Jamalul Kiram tiba di Kampung Tanduo Sabah.
  • Gagal rundingan damai- Sejak ketibaan tentera Sulu di Tanduo Sabah pada 1 Februari 2013, Malaysia telah mengadakan rundingan damai untuk menyelesaikan perkara tersebut dan meminta tentera Sulu berundur keluar dari Sabah tanpa pertumpahan darah. Bagaimanapun, tentera Sulu tetap berkeras untuk tidak meninggalkan Sabah. Demi menjaga kedaulatan negara, pertempuran jalan terakhir.
  • Duri Dalam Daging- Di kampung Tanduo, rata-rata penduduk adalah dari pendatang asing tanpa izin warga Filipina. Mereka ini telah menyediakan makanan dan memberikan persiapan kepada tentera sulu untuk menyerang Malaysia.
G) Menerangkan Peristiwa Sejarah Secara Kronologi
(sila huraikan peristiwa bersejarah ditempat anda secara kronologi dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)
  • 1 Februari 2013: Ketibaan tentera Sulu di Tanduo Lahad Datu
  • 1 Mac 2013: Pertempuran pertama berlaku apabila 2 anggota PDRM maut dalam pertempuran gerila. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban manakala 12 anggota tentera sulu maut.
  • 3 Mac 2013: 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna
  • 5 Mac 2013: Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi. Lebih kurang 67 penceroboh terkorban akibat serangan tersebut.
  • 24 Mac 2013: Tentera Sulu diketuai oleh Argamuddin Kiram berundur keluar menerusi perairan Sabah.
H) Kesan Peristiwa Bersejarah Terhadap Diri/ Masyarakat/ Negara
Diri Sendiri
  • Menanam semangat patriotisme
  • Menghargai jasa pejuang tanah air
  • Sentiasa berwaspada agar sejarah hitam tidak berulang
Masyarakat Setempat
  • Lebih peka terhadap sekeliling
  • Melaporkan kepada anggota keselamatan jika ada kecurigaan
  • Memberi bantuan kepada anggota keselamatan
  • Sentiasa bekerja sama menjaga kedaulatan
Negara
  • Menjaga kedaulatan negara
  • Memperkukuhkan pertahanan negara
  • Sentiasa lebih bersiap siaga untuk kecaman akan datang yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
  • Mewujudkan ESSCOM dimana anggota keselamatan menjaga ketat di kawasan perairan timur Sabah 24 jam sehari.
I) Pengajaran Ikhtibar Terhadap Peristiwa Bersejarah Di Lahad Datu
  • pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar.
  • pasukan keselamatan diberi latihan yang sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia
  • Keselamatan negara tidak boleh dipandang remeh meskipun pada waktu aman
  • Langkah-langkah juga diambil untuk menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk menangani ancaman keselamatan masa depan. Enam balai polis baharu juga akan dibina di sana.
J) Rumusan
Sabah pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, senario politik Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajah Sepanyol, British dan Amerika menjejakkan kaki mereka ke rantau ini. Sabah sekarang adalah sebahagian daripada Malaysia dan sedang menuju jalan kemakmuran dengan kemajuan dan pembangunan yang berterusan.
Kemakmuran Sabah telah menjadikannya tambang emas bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga pendatang asing yang menetap di negeri tersebut. Benar, masyarakat antarabangsa telahpun setelah 53 tahun mengiktiraf penuh Sabah sebagai negeri di dalam Malaysia dan kedudukan tersebut seharusnya dilindungi dan dihormati.
K) Rujukan
sertakan sumber  pautan internet, akhbar, buku, dan lain-lain.

http://www.melvister.com/2017/05/contoh-jawapan-tugasan-sejarah-pt3-2017-peristiwa-berdarah.html
____________________________________________
"Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan"
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama berikut: 

(a) Tajuk kajian : *tajuk terpulang pada anda mengikut kreativiti sendiri*

contoh : 
  • sambutan yang dianjurkan di kawasan tempat tinggal - program gotong royong, festival, pertandingan, dll
  • pertandingan yang dianjurkan secara besar-besaran seperti pertandingan berbasikal peringkat antarabangsa seperti "Le-Tour de Langkawi" dan lain-lain
  • Majlis perasmian di kawasan tempat tinggal sebagai contoh perasmian pembukaan surau, taman permainan, restoran, hospital, klinik, sekolah, dll
  • peristiwa atau tragedi seperti banjir besar, tsunami, banjir kilat, fenomena El-Nino, hari kemerdekaan, pengisytiharan kemerdekaan, pembunuhan JWW Birch, 
  • peristiwa berlaku di sekolah, contohnya Hari Olahraga / Sukan Sekolah / Merentas Desa, Hari Anugerah Cemerlang, Hari Guru, dll
(b) Nama penulis - *Nama anda*

(c) Isi kandungan:
  1. Pengenalan - menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda
  2. Menerangkan faktor berlakunya peristiwa bersejarah 
  3. Menerangkan peristiwa bersejarah secara kronologi - Kronologi maksudnya peristiwa sejarah mengikut urutan masa. contoh masa yang diambil ialah sebelum peristiwa berlaku, semasa peristiwa berlaku dan selepas peristiwa berlaku.
  4. Menilai kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara
  5. Menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah

(d) Rumusan - pengetahuan, nilai dan harapan yang releven
  
(e) Sumber rujukan - Menyenaraikan jenis sumber: buku / internet / akhbar / majalah
Plagiat tidak dibenarkan. Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 telah dikuatkuasakan dengan bertujuan  untuk melindungi bentuk atau cara dimana idea-idea dan maklumat ditunjukkan kepada orang lain dengan berbentuk pernyataan  fizikal. Selain itu, akta ini juga bertujuan untuk melindungi konsep, fakta, gaya atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Mengikut seksyen 43, Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 ini sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 sehingga tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun

TAJUK KAJIAN

Beberapa tajuk kajian yang boleh anda pilih untuk kajian Peristiwa Bersejarah di tempat anda. 


PERANCANGAN KERJA 

Perancangan (10 Markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseuruhan kandungan hasil penulisan. ia meliputi aspek berikut:
  • jadual kerja / senarai semak
  • objektif kajian
  • menetapkan kaedah kajian
  • menetapkan tajuk
  • menyediakan kerangka kasar penulisan
  • menyatakan sumber

Contoh:
JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
Bil
Tarikh
Perkara
Catatan
1
April 2017
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan

2
Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal

3

Mengenalpasti cara penulisan tugasan, Menentukan tajuk penulisan

4

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan

5

Menulis kerangka kasar penulisan

6

Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas

7

Menulis Pengenalan Peristiwa Bersejarah

8

Menulis penerangan mengenai faktor berlakunya peristiwa bersejarah

9

Menulis peristiwa bersejarah secara kronologi

10

Menulis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini

11

Menulis kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara

12

Menulis iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah

13
Rumusan pengetahuan nilai / unsur dan harapan

14
Mei 2017
Mengemaskini tugasan. Semak dan hantar tugasan


ISI KANDUNGAN
Ianya tidak wajib. nak tulis boleh, tak nak tulis pun takpe. 
*mengandungi penghargaan, objektif kajian, kaedah kajian, hasil kajian, rumusan, lampiran, rujukan*

Contoh:


OBJEKTIF KAJIAN

*contoh*
Kerja khusus ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif :-
1. Melalui kajian yang dijalankan saya mendapat kemahiran mencari dan mengumpul fakta peristiwa sejarah mengenai .........
2. Saya dapat menerangkan faktor berlakunya peristiwa bersejarah di tempat tinggal saya.
3. Saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci peristiwa bersejarah secara kronologi 
4. Melalui kajian kerja khusus ini juga saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganilisis maklumat berkaitan peristiwa bersejarah
5. Dapat melahirkan perasaan bangga terhadap terhadap peristiwa bersejarah yang terdapat di Negara kita dan menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah


KAEDAH KAJIAN

Sebanyak 4 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik, iaitu: 

(a) Kaedah analisis dokumen/buku/akhbar

Saya juga turut merujuk dokumen/buku/akhbar dari ............ untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

(b) Kaedah penyelidikan Pusat Sumber Sekolah / Perpustakaan Desa/Daerah/Negeri
Saya juga turut mengunjungi Pusat Sumber Sekolah/Perpustakaan Desa/Daerah/Negeri untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. *Nyatakan jika anda juga melawat Perpustakaan luar dari sekolah, contohnya : Perpustakaan Negara*

(c) Muat turun sumber dari internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

(d) Bimbingan Guru

Saya telah mendapat bimbingan guru Sejarah, iaitu Encik/Puan/Cik ………………………….

*Contoh skrip kaedah temu ramah ada di bawah. sila scroll ye*


PROSES AWAL

Proses awal (20 markah) ialah proses di mana anda mencari maklumat mengenai peristiwa bersejarah yang anda pilih dari pelbagai sumber. Cari beberapa bahan/sumber seperti buku, jurnal, majalah, surat khabar, broshur, pamplet ataupun bahan dari internet untuk dibawa ke sekolah dan tunjukkan pada guru anda. maklumat anda mestilah sangat tepat dan lengkap serta sangat sesuai dengan tugasan.


KERANGKA AWAL / KASAR PENULISAN

Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. 

Contoh:

Bil
Perkara
Huraian
1
Pengenalan
Huraikan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda:
Lokasi: ..................................
Tahun berlaku peristiwa: ........................
Sejarah peristiwa: ......................          (tulis sumber isi)
2
Faktor berlakunya peristiwa bersejarah
Huraikan beberapa faktor berlaku peristiwa bersejarah:
Faktor 1: .......................        (sumber isi dari mana)
Faktor 2: ........................        (sumber isi dari mana)
Faktor 3: ........................        (sumber isi dari mana)
Faktor 4: ........................        (sumber isi dari mana)
3
Kronologi peristiwa bersejarah
Terangkan rentetan masa (tahun) sebelum peristiwa berlaku, semasa peristiwa berlaku dan selepas peristiwa berlaku :
Tahun 1970 : (terangkan)
tahun ........ : (terangkan)
tahun ........ : (terangkan)
tahun (kini) : (terangkan)
4
Kesan / impak peristiwa bersejarah 
Huraikan kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap:

Diri sendiri: (huraikan)


Masyarakat setempat: (huraikan)

Negara: (huraikan)
5
Iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah
Isi 1: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 2: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 3: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 4: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
6
Rumusan
Pengetahuan: melalui kajian ini saya mendapati banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan peristiwa bersejarah ini dijaga dan dipelihara. Selain itu, ......

Nilai: Saya sedar bahawa usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan / binaan bersejarah bukanlah sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan...

Harapan: Saya berharap supaya bangunan / binaan bersejarah dapat dijaga dan dikekalkan bagi memastikan khazanah negara...
7
Sumber
Mesti lengkap menurut turutan di atas


PENGENALAN

Pengenalan (5 markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan kandungan hasil penulisan. 
LATAR BELAKANG

Di dalam tugasan ini, anda boleh jelaskan dan huraikan isi-isi berikut:
  • sejarah dan latar belakang mengenai peristiwa bersejarah di tempat anda dengan memberi gambaran keseluruhan kandungan penulisan / kajian
  • tahun, tarikh, hari dan masa peristiwa berlaku 
  • nyatakan lokasi di mana peristiwa tersebut berlaku
  • nyatakan siapa yang terlibat dalam peristiwa bersejarah tersebut

Contoh: Peristiwa Pembunuhan JWW Birch

James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W. Birch (3 April 1826 - 2 November 1875) ialah Residen British pertama di Perak. Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Bapanya ialah seorang paderi, Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England. Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan. 

Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875Birch dikatakan dibunuh ketika beliau sedang mandi (sesetengah pendapat lain mengatakan beliau sedang membuang air besar) di dalam tandas rakit di sebuah sampan pegawai British. Birch telah dibunuh dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain. 


FAKTOR BERLAKUNYA PERISTIWA BERSEJARAH

Dalam tugasan faktor berlakunya peristiwa bersejarah (15 markah), anda harus menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa bersejarah yang anda pilih dengan tepat dan sangat lengkap. 

Contoh:
Festival layang-layang diwujudkan bagi memperkenalkan kepada masyarakat tentang permainan tradisional agar permainan ini akan sentiasa dikenali oleh generasi akan datang.


Anda harus menggunakan sumber yang asal dan sahih sahaja, tidak boleh gunakan isi atau sumber daripada blog-blog lain kerana ia tidak akan diterima oleh guru anda.    


KRONOLOGI PERISTIWA BERSEJARAH

Anda harus menerangkan (15 markah) rentetan masa berlakunya peristiwa bersejarah yang anda pilih tersebut mengikut urutan masa. Penerangan kronologi termasuk tahun sebelum peristiwa berlaku, tahun semasa peristiwa berlaku dan tahun selepas peristiwa berlaku.

Contoh: Kronologi Hari Sukan Sekolah / Temasya Sukan Tahunan Sekolah / Kejohanan Olahraga dan Balapan




Contoh: Kronologi PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

1881 - Khutub Khanah Melaka telah ditubuhkan bertempat di Bangunan Stadthuys, BandaHilir. Nama Khutub Khanah Melaka kemudiannya telah ditukar nama kepada Henry Gurney Memorial Library.
 
1960 - Khutub Khanah Bergerak yang pertama telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Encik Abdul Ghaffar bin Baba di Sungai Rambai, Melaka.

1966 - Khutub Khanah Melaka telah berpindah ke Dewan Hang Tuah dan namanya ditukar kepada Perpustakaan Melaka. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB En. Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia.
 
1975 - Enakman Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975 memperuntukkan penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan perkara-perkara yang berhubung dengannya diluluskan.

1977 - Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975 dikuatkuasakan dengan penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka bertempat di Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.

1986 - Perpustakaan Awam Cawangan Jasin ditubuhkan bertempat di Bangunan JKR, 1773, Bandar Jasin.

1988 - Perpustakaan Awam Cawangan Alor Gajah ditubuhkan bertempat di Tingkat 2, Wisma UMNO Alor Gajah, Bandar Alor Gajah.

1989 - Bahagian Rujukan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri berpindah ke ruangan baru di Tingkat 1, Wisma Datuk Haji Mohamad, Jalan Hang Tuah.

1992 - Perpustakaan Awam Cawangan Masjid Tanah ditubuhkan bertempat di Tingkat 2, Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji, Bandar Masjid Tanah, Melaka.

1993 Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Pindaan) 1993 dikuatkuasakan. 

1994 - Perpustakaan Cawangan Merlimau dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 1994 dan dirasmikan pada 29 Ogos 1994. 

1996 - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka berpindah ke bangunan baru di 242-1, Jalan Bukit Baru, Melaka. Bangunan asal dan perkhidmatan yang sedia ada di Tingkat 1, Dewan Hang Tuah dikekalkan dan menjadi Perpustakaan Cawangan Melaka Tengah. Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka di Bukit Baru dirasmikan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 4 November 1996.

1997 - Perpustakaan Desa Pulau Sebang dibuka kepada orang ramai pada 10 November 1997.

1998 - Perpustakaan Cawangan Alor Gajah berpindah ke tempat baru dan mula memberi perkhidmatan pada 1 Ogos 1998. Perpustakaan Cawangan Alor Gajah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 7 November 1998.

1999 - Perpustakaan Japerun Sungai Rambai dibuka kepada orang ramai pada 2 Februari 1999.

2000 - Perpustakaan Desa Felda Bukit Senggeh, Alor Gajah dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2000.

2001 - Perpustakaan Desa Siber Kampung Padang telah dirasmikan YAB Datuk Seri Haji Mohd.Ali Bin Rustam,ketua Menteri Melaka pada 3 Julai 2001. 
Perpustakaan Cawangan Melaka Tengah telah ditukar pada Perpustakaan Pusat Sumber Institut Pengajian Tinggi pada Ogos 2001.

2002 - Perpustakaan Japerun Air Panas memulakan perkhidmatan kepada orang ramai pada 1 April 2002.

2003 - Perpustakaan Cawangan Merlimau telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Jasin, Merlimau dan memulakan perkhidmatan kepada orang ramai pada 2 Jun 2003.



Contoh lain:
  • Kronologi Hari Kemerdekaan Malaysia -> [link]


Anda harus menggunakan sumber yang asal dan sahih sahaja, tidak boleh gunakan isi atau sumber daripada blog-blog lain kerana ia tidak akan diterima oleh guru anda.  



KESAN / IMPAK PERISTIWA BERSEJARAH 

Anda harus menghuraikan dan menerangkan (15 markah) dan menilai kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara. impak yang dihuraikan boleh menggunakan kesan-kesan positif dan juga masukkan kesan-kesan negatif.

Contoh:

Diri sendiri
  • kita akan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar sejarah tidak akan berulang kembali
  • Menyuntik semangat generasi baharu supaya tidak mengulangi kesilapan dalam sejarah dan terus membetulkan kesilapan dalam sejarah 
  • peristiwa kemerdekaan - lebih menghargai jasa pejuang-pejuang tanah air dan membangkitkan semangat patriotisme
  • Dapat membentuk akhlak mulia dalam kalangan pelajar
  • Mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat
  • Kebaikan: dapat mewujudkan interaksi antara pengunjung, dapat meluangkan masa beramai-ramai serta dapat menghilangkan rasa penat.
  • Keburukan: membazirkan pengunaan kertas 

Masyarakat setempat: 
  • Akan lahir masyarakat yang hidup bersatu padu, meraka akan tahu bertapa pentingnya hidup dalam satu negara
  • tsunami - terpaksa membina dan membaikpulih kawasan kediaman
  • Mengeratkan hubungan antara satu sama lain
  • Bekerjasama dan berganding bahu sesama masyarakat

Negara: 
  • Akan lahir sebuah negara yang maju dan harmoni
  • memberi iktibar kepada generasi baharu supaya tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir luar dalam pentadbiran negara
  • Melahirkan generasi yang berakhlak mulia serta berdisiplin
  • Membentuk pelajar yang berkualiti dalam bidang akademik dan sukan

Anda harus menggunakan sumber yang asal dan sahih sahaja, tidak boleh gunakan isi atau sumber daripada blog-blog lain kerana ia tidak akan diterima oleh guru anda. 




IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA BERSEJARAH

Untuk menyiapkan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah (10 markah), tidak perlu sumber-sumber asal artikel mengenai topik ini kerana langkah-langkah ini merupakan idea dan buah fikiran anda sendiri. Ini adalah tugasan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Anda boleh menghuraikan beberapa isi-isi berikut:


Aktiviti Kejohanan / Sukantara / Sukan Sekolah
  • sihat tubuh badan
  • dapat menyertai acara-acara yang sihat
  • mengasah bakat sendiri dalam acara tertentu

Sambutan Hari Guru
  • Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengenang dan membalas jasa guru
  • Memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan muri
  • Memberi kesedaran kepada guru agar bertanggungjawab terhadap pekerjaannya
  • pelajar akan lebih menghormati dan menghargai guru mereka


RUMUSAN

Rumusan (5 markah) mengenai Peristiwa Bersejarah boleh anda huraikan kepentingan peristiwa yang menjadi sejarah dan lambang kepada negara. Huraikan mengenai pengetahuan, nilai-nilai, harapan yang releven, unsur-unsur tinggalan warisan dan kelebihan mempunyai  sejarah yang memberi impak kepada industri pelancongan. 

Contoh:

Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja. Peristiwa bersejarah ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional.

Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini. Jadikan peristiwa bersejarah ini sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.


Artikel yang boleh dijadikan sebagai rujukan:

- belum ada -



SUMBER RUJUKAN

Senaraikan sumber rujukan (5 markah) seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya. Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian. anda haruslah menulis sumber rujukan dengan releven, betul dan pelbagai. anda juga digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data. untuk tugasan ini, anda digalakkan mencari maklumat dengan membuat lawatan sendiri ke bangunan / binaan sejarah yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Contoh penulisan sumber & rujukan:


(g) Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
  • buku
  • internet
  • akhbar
  • majalah
  • orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
  • Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat. 
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
  • Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
  • Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
  • Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)

dari buku:
  • Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
  • (Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../

e. Orang Sumber
  • Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
  • Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].

contoh:
  • Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual]. 

g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen. 

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
  • Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel. 

j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat. 

k. Sumber lain :
- artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).

Internet
  • http://geocities.com/kamashara/unionsm.html
  • http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.html

l. Kamus 
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. 
NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini



*kebanyakannya masih di dalam proses. sabar ye..busy sikit di sekolah jugak..hehe*


*************************************************************************

Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!


http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2017/04/contoh-jawapan-tugasan-sejarah-pt3-2017.html
Back to Top