KBAT Sejarah SPM Tingkatan 4 Bab 2
1. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan pentadbiran?
Tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota. Hal ini kerana rakyat Yunani berhak menentukan sistem kerajaannya dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta memilih sistem pemerintahan yang sesuai serta adil. Ini juga adalah untuk menentang kezaliman dalam pemerintahan dan untuk kestabilan politik dalam negara.
2. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sistem perundangan terhadap sesebuah negara?
Kepentingan sistem perundangan terhadap sesebuah negara ialah sebagai garis panduan pemerintahan dan pentadbiran negara. Dalam hal ini, pemimpin dapat mengekalkan kedaulatan negara dan mengekalkan keamanan dalam negeri sekaligus melicinkan pentadbiran negara. Hal ini supaya rakyat patuh kepada peraturan dan melalui undang-undang dapat mendisiplinkan rakyat.
3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan kepada negara?
Kepentingan pendidikan kepada negara ialah dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Dalam hal ini, dapat melahirkan masyarakat yang berilmu yang menjadi asas kepada kemajuan negara. Kerajaan juga dapat menyediakan masyarakat minda kelas pertama yang menjadi keperluan terhadap pasaran kerja yang berprofil tinggi sekaligus melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.
4. Selain mendapatkan ilmu di sekolah, terangkan cara lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Cara lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan ialah melalui pembacaan buku ilmiah. Buku-buku ilmiah boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan seperti di kedai buku Popular yang menawarkan harga mampu milik. Pelajar juga boleh mendapatkan buku ilmiah di perpustakaan sama ada perpustakaan sekolah atau perpustakaan yang berhampiran dengan kawasan anda. Ini adalah untuk menjamin pembelajaran sepanjang hayat dan menambahkan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar.
Selain itu pembelajaran secara talian. Kepantasan teknologi dan kecanggihan telekomunikasi dalam negara memudahkan carian buku dalam talian. Blog dan aplikasi lain banyak meletakkan bahan-bahan ilmiah yang boleh dan sesuai dibaca oleh semua pihak.
5. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah rakyat Yunani, Rom, India dan China mampu membina seni bina yang agung?
Rakyat Yunani, Rom, India dan China mampu membina seni bina yang agung kerana sistem pendidikan yang menekankan bidang kejuruteraan dan seni bina. Hal ini akan melahirkan ramai jurutera-jurutera mahir yang memiliki kepakaran dalam bidang arkitek dan seni bina. Ini telah menyebabkan mereka mempunyai teknologi pembinaan yang termaju mendahului zamannya. Dalam hal ini, pemerintah menekankan terhadap ilmu matematik dan geometri. Maka, lahirlah rakyat yang kreatif,inovatif dan reaktif.
6.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat perlu kepada kehidupan beragama?
Masyarakat perlu kepada kehidupan beragama kerana sebagai panduan kehidupan di muka bumi. Ini kerana masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan untuk membentuk peribadi yang mulia sekaligus sebagai pegangan/prinsip hidup.. Seperti yang kita maklum, masyarakat beragama mudah diurus dan masyarakat beragama mudah mengikut peraturan.
KBAT Sejarah SPM Tingkatan 4 Bab 2
http://sarahcikgusejarah.blogspot.my/