Adik-adik lepasan SPM/ setaraf atau lepasan STPM/setaraf mesti
sangat berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan. Ada juga yang telah
berfikir ke hadapan untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian
tinggi . Sememangnya permohonan UPU sangatlah dinanti-nantikan oleh
adik2 ini. Berikut merupakan artikel mengenai permohonan UPU sesi
2017-2018.
Permohonan UPU Sesi 2017-2018 Online
Adik- adik bolehlah memohon secara online melalui laman web UPU . Sebelum itu, adik-adik hendaklah membeli no. unik PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) . Selepas membeli, adik-adik bolehlah mengakses laman web UPU dengan menggunakan no PIN tersebut
Cara membuat permohonan UPU :
Beli no. PIN unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui mesin
ATM ataupun terus pergi ke kaunter. No. PIN berharga RM15.64 termasuk
GST (mula dijual pada 5 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017)
Masuk ke portal rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/web/
TARIKH PERMOHONAN UPU SESI 2017/2018
Mula dibuka pada 5 Februari 2017 pukul 12 tengah malam sehingga 31
Mac 2017 pukul 4 petang. Semakan dijangka boleh dibuat mulai Ogos 2017.
Semoga dipermudahkan segala urusan untuk memasuki pengajian di menara
gading. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat adik-adik semua . Permohonon UPU sesi 2017-2018