Model kereta Perodua Axia Baru 2017 merupakan model facelift atau naik taraf pertama Axia sejak pelancarannya pada 15 Sept 2014. Kereta paling laris
jualannya di Malaysia ini cuba untuk melonjakkan semula populariti dan
jualan melalui model facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Adalah menjadi amalan biasa dalam industri automotif apabila model
facelift akan dikeluarkan setelah model tersebut berusia 2~4 tahun
sebelum model baru sepenuhnya dikeluarkan.
Setiap kali model fecelift ini dilancarkan, ianya pasti akan mendapat
suntikan perubahan ke atas rekaan luaran, dalaman serta spesifikasi...
Namun adakalanya tiada perubahan sangat pun...
Bagaimana pula dengan Model kereta Perodua Axia Baru (facelift) 2017?
Adakah perubahan luaran, dalaman serta spesifikasi yang yang ditawarkan
oleh Perodua?
Axia 2017
Berikut adalah penambahan, perubahan dan perbezaan luaran, dalaman serta spesifikasi Perodua Axia Baru (facelift) 2017. (akan dikemaskini apabila ianya dilancarkan kelak)
- Menggunakan enjin baru yang sama seperti Bezza iaitu enjin 1.0 liter 1KR-VE yang dilengkapi dengan sistem VVT-i.
- Sistem kunci pintar
- Butang penghidup enjin (start-stop button) bagi varian Advance dan SE.
- Gril hadapan serta bampar dengan reka bentuk baharu untuk semua varian
- Pemegang pintu belakang baharu,
- Grafik fabrik kerusi baharu
- Lampu projektor hadapan.
- Axia Standard-G juga kini didatangkan dengan slot USB bagi memainkan fail audio.
- Axia SE dan Advance pula, ia turut ditambah dengan sistem multimedia dengan ‘Smart Link’ (untuk android sahaja), pemegang pintu luar bersalut krom, roda aloi berbentuk spiral, serta meter kombinasi baharu dengan warna putih.
Varian Dan Harga
Berikut adalah senarai harga rasmi kereta Perodua Axia Baru 2017 (facelift) mengikut setiap varian (Kesemua
harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan termasuk insuran, serta
tiada perbezaan harga untuk model solid dan metalik pada barisan model
facelift ini):
- Perodua Axia Standard E (Manual) - RM24,900 (RM463 lebih mahal berbanding sebelum ini RM24,437-RM24,837)
- Perodua Axia Standard G (Manual) - RM34,900 (RM2,773 lebih mahal berbanding sebelum ini RM32,127-RM32,527)
- Perodua Axia Standard G (Automatik) - RM36,900 (RM1,773 lebih mahal berbanding sebelum ini RM35,127-RM35,527).
- Perodua Axia SE (Manual) - RM37,900 (RM1,263 lebih mahal berbanding sebelum ini RM36,637-RM37,037)
- Perodua Axia SE (Automatik) - RM39,900 (model dengan cat solid RM263 lebih mahal tetapi metalik RM137 lebih murah berbanding harga lama RM41,967-RM42,377).
- Perodua Axia Advance(Automatik) - RM42,900 (RM1933 lebih mahal berbanding harga sebelum ini RM41,967-RM42,377)
Nampaknya model Axia facelift bukan sahaja berubah rupabentuk dan spesifikasi tetapi juga peningkatan dari sudut harga jualan!
Warna Perodua Axia Baru 2017 (facelift)
- Lava Red
- Midnight Blue
- Ebony Black
- Glittering Silver
- Sunflower Yellow (solid)
- Ivory White (solid)
p's: Ulasan, perbandingan, galeri gambar dan video akan dikemaskini selepas pelancaran rasmi...
Sumber:dammahumnib