TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2017 - TAMADUN HWANG HO
TAMADUN HWANG HO
|
FAKTA
1. Proses pembentukan tamadun Hwang Ho
2. Faktor semula jadi yang membantu pembentukan tamadun Hwang Ho
3. Ciri-ciri penting tamadun Hwang Ho
(i) Petempatan kekal (Bandar)
(ii) Sistem pemerintahan (Pemerintahan beraja)
4. Sumbangan penting tamadun Hwang Ho
(i) Kemajuan dalam bidang pertanian
(ii) Amalan penggunaan kalendar
KBAT
1. Peranan sungai Hwang Ho terhadap pembentukan tamadun Hwang Ho
2. Rasionalnya tamadun terbina di lembah sungai
3. Hubungkait keadaan semula jadi yang ada di sekitar lembah Hwang Ho
dengan pembentukan tamadunnya.
4. Cara manusia hari ini memanfaatkan teknologi pertanian dalam
tamadun Hwang Ho untuk memajukan pertanian pada hari ini.
PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN
Jelaskan proses pembinaan tamadun Hwang Ho.
[4 markah]
Penduduk
nomad membina petempatan kekal di kawasan sekitar lembah Hwang Ho.
Mereka menjalankan aktiviti pertanian, menternak binatang, memungut
hasil hutan dan memburu. Petempatan kekal ini melahirkan bandar.
Pembentukan bandar telah membawa kemajuan dari segi perluasan wilayah
dan penyebaran budaya. Akhirnya wujud organisasi sosial dan pengkhususan
pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan terbentuknya sistem
pemerintahan yang bertujuan mengawal masyarakat. Untuk mengukuhkan
kedudukan pemerintah, mereka mewujudkan agama dan kepercayaan. Untuk melicinkan pentadbiran, mereka mencipta sistem tulisan.
Nyatakan keadaan semula jadi di sekitar lembah Hwang Ho.
[2 markah]
· Sungai Hwang Ho
· Lembangan Szechwan
· Teluk Bo Hai
· Laut Kuning
Bagaimanakah keadaan semula jadi yang terdapat di sekitarnya membantu pembentukan tamadun Hwang Ho ?
[4 markah]
Sungai
Hwang Ho membekalkan air untuk kegunaan harian. Contohnya untuk
mandi-manda, mencuci dan sebagai minuman. Selain itu air sungai menjadi
punca pengairan untuk pertanian. Sungai Hwang Ho juga membekalkan sumber
protin untuk dijadikan makanan kepada penduduk. Contohnya, ikan, udang,
ketam, kerang dan sebagainya.
Lembangan
Szechwan mempunyai tanah yang subur untuk pertanian. Penduduk
memanfaatkan kesuburan tanah tersebut untuk menanam pelbagai jenis
tanaman makanan. Contohnya, padi, gandum, sekoi, ubi dan lain-lain.
Bekalan makanan yang cukup dapat menampung jumlah penduduk yang ramai.
Teluk
Bo Hai mempunyai laut yang tenang. Laut di persekitarannya juga dalam.
Hal ini menyebabkan kawasan muara sungai Hwang Ho sangat sesuai untuk
dijadikan pelabuhan. Kapal dagang berlabuh di kawasan teluk tersebut
kerana terlindung daripada tiupan angin kencang. Pedagang dari luar
datang berdagang ke Lembah Hwang Ho melalui Laut Kuning.
Terangkan peranan sungai Hwang Ho terhadap pembentukan tamadun Hwang Ho.
[6 markah]
Sungai
Hwang Ho melimpahkan mendapan lanar di tebingnya setiap kali selepas
musim banjir. Mendapan lanar menjadikan tanah di lembangan amat subur.
Penduduk menjalankan aktiviti pertanian di lembah Hwang Ho. Mereka
menanam tanaman makanan seperti padi, gandum, jagung, ubi dan lain-lain.
Dengan itu mereka memperoleh bekalan makanan yang berlebihan. Bekalan
makanan yang banyak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai. Penduduk
dari kawasan lain berhijrah untuk membina petempatan kekal di situ.
Selain
itu, sungai Hwang Ho membekalkan sumber air untuk penduduk. Sungai
Hwang Ho menjadi punca air untuk mengairi kawasan pertanian yang kering.
Penduduk membina sistem pengairan seperti tali air, terusan dan
peparitan untuk mengalirkan air sungai ke kawasan pertanian. Di samping
itu, air sungai juga menjadi sumber kegunaan harian penduduk. Mereka
menggunakan air sungai sebagai minuman, mandi-manda, mencuci dan
sebagainya.
Seterusnya,
sungai Hwang Ho menjadi laluan perhubungan dan pengangkutan. Sungai ini
digunakan sebagai jalan untuk penduduk mengangkut hasil pertanian dari
Lembah Szechwan ke muara sungai untuk didagangkan. Pedagang luar juga
menggunakan sungai Hwang Ho untuk pergi ke bandar-bandar yang terdapat
di sekitar lembahnya.
Pada pandangan anda, mengapakah penduduk nomad membina petempatan kekal di sekitar lembah Hwang Ho ?
[3 markah]
· Penduduk
nomad membina petempatan kekal di sekitar lembah Hwang Ho kerana
kawasan tersebut mempunyai tanah yang subur. Contohnya, tanah yang
terhasil daripada mendapan lanar setiap kali selepas musim banjir. Hal
ini menyebabkan penduduk dapat menjalankan aktiviti pertanian. Mereka
menanam padi, gandum, ubi dan sebagainya. Oleh itu mereka mendapat
bekalan makanan yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang
ramai.
· Selain
itu, mereka membina petempatan kekal di situ kerana sungai Hwang Ho
membekalkan sumber protein bagi penduduk. Contohnya, hidupan sungai
seperti ikan, udang, ketam, kerang dan lain-lain. Sumber protein ini
boleh dijadikan makanan.
· Di
samping itu, sungai Hwang Ho membekalkan air untuk pengairan. Air
sungai disalurkan ke kawasan pertanian dengan menggunakan tali air,
peparitan dan kincir air. Tanaman dapat hidup subur dan mengeluarkan
hasil yang banyak.
· Air
sungai juga menjadi sumber kegunaan harian. Contohnya, sebagai minuman,
untuk mandi-manda, mencuci dan sebagainya. Penduduk dapat menikmati
kemudahan yang selesa.
CIRI-CIRI TAMADUN HWANG HO
(i) Petempatan Kekal – Kemunculan Bandar
Nyatakan keunikan bandar Anyang berbanding bandar-bandar lain di lembah Hwang Ho.
[2 markah]
· Bandarnya terletak di kawasan tanah tinggi
· Bandar ini menjadi pusat pentadbiran
· Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
· Menjadi tempat tinggal raja, pembesar dan golongan agama
· Rakyat tidak dibenarkan tinggal di bandar ini
· Bandar ini dikelilingi oleh perkampungan petani.
· Bandar ini dilengkapi tembok
(ii) Sistem Pemerintahan – Sistem Pemerintahan Beraja
Jelaskan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun Hwang Ho
[2 markah]
· Raja mempunyai kuasa tertinggi
· Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama
· Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbirannya
· Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
· Golongan bangsawan diberi kuasa mentadbir wilayah
· Bangsawan dibenar mewujudkan sistem cukai, pertahanan dan undang-undang sendiri di wilayah pemerintahannya
Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chou memastikan pembesar tempatan memberikan taat setia mereka kepadanya ?
[2 markah]
· Mengarahkan pembesar melafazkan ikrar taat setia
· Memberikan hadiah kepada pembesar (kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang)
· Meminta pembesar melindungi keselamatan raja
· Meminta pembesar memberikan bantuan tentera semasa perang
· Melantik pembesar menjadi ketua agama
· Memberikan hak kepada pembesar menjalankan upacara korban
SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO
Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh penduduk di Lembah Hwang Ho.
[2 markah]
· Menggunakan sistem pengairan
· Menggunakan peralatan pertanian (bajak, cangkul, sabit, dll)
· Menggunakan batas
· Menggunakan baja
· Menggunakan sistem teres
· Menggunakan sistem tanaman bergilir
Sejauhmanakah
kita boleh memanfaatkan teknologi pertanian dalam tamadun Hwang Ho
untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?
[6 markah]
Kita
boleh menggunakan sistem pengairan untuk meningkatkan kemajuan
pertanian di negara kita. Sebagai contohnya, kita menggunakan tali air,
terusan dan peparitan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan pertanian
yang kering. Hal ini menyebabkan kita dapat membekalkan air yang cukup
untuk tanaman. Usaha tersebut memberikan manfaat kepada negara kerana
kita dapat mengubah kawasan yang kering menjadi kawasan pertanian yang
produktif. Akhirnya, kita memperoleh bekalan makanan yang mencukupi.
Kita boleh menjimatkan dana negara kerana kita tidak perlu bergantung
kepada bekalan makanan yang diimport.
Kita
juga boleh menggunakan batas dalam kegiatan penanaman. Contohnya
penggunaan batas dalam penanaman sayur, buah-buahan dan lai-lain. Hal
ini dapat mengelakkan tanaman musnah ditenggelami air apabila musim
hujan. Penggunaan batas sangat berguna kerana ia dapat menghasilkan
pengeluaran yang baik sepanjang tahun.
Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia pada hari ini.
[6 markah]
Tamadun
Hwang Ho memberikan sumbangan dalam sistem pemerntahan. Sistem
pemerintahan monarki diteruskan hingga hari ini. Sistem pemerintahan
monarki masih diamalkan oleh kebanyakan negara pada hari ini. Raja
mempunyai kuasa dalam perkara yang berkaitan politik, ekonomi, sosial
dan agama.
Tamadun
Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan teknologi pertanian.
Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam pembinaan sistem pengairan.
Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan
mengelakkan banjir. Selain itu, tamadun Hwang Ho membawa kemajuan dalam
teknologi pembajakan serta penggunaan cangkul dan sabit. Peralatan
pertanian mula dibuat daripada besi bagi menggantikan peralatan kayu.
Tamadun
Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan tulisan. Penciptaan
tulisan ideogram telah berkembang secara evolusi menjadi tulisan
sebagaimana yang terdapat pada hari ini. Tulisan digunakan dengan meluas
dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan China juga diajar di
sekolah-sekolah.
Selain
itu, tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam aspek kepercayaan.
Antara kepercayaan yang masih berkekalan hingga ke hari ini ialah
pemujaan roh nenek moyang. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan
kepercyaan yang masih terdapat dalam masyarakat Cina hingga ke hari
ini.
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2017 - TAMADUN HWANG HO