Permohonan UPU secara online untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA)
& Politeknik Premier bagi sesi akademik 2017/2018, dan permohonan
kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti &
Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2017.
Berikut adalah info penting mengenai permohonan kemasukan ke UA, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan ILKA untuk panduan pembaca.
Sila layari pautan e-Panduan berikut untuk info lengkap serta panduan
mengenai senarai progran pengajian yang ditawarkan, syarat am
kemasukan, syarat khas program pengajian/ kursus, serta maklumat
mengenaui UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA.
Anda boleh mengenal pasti program pengajian atau kursus mana yang
sepadan dengan kelulusan akademik anda melalui aplikasi online Sistem
Semakan Syarat Kelayakan / Kemasukan.
Permohonan Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti)
& ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPUonline.
Berikut adalah cara memohon kemasukan ke UA, Politeknik
Premier/Konvensional/METrO, Kolej Komuniti serta ILKA.
Tarikh sistem permohonan UPU dijangkakan akan dibuka mulai minggu ketiga bulan Januari 2017.
Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA , sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon talian helpline UPU di 03-88708200, pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang.
Berikut adalah info penting mengenai permohonan kemasukan ke UA, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan ILKA untuk panduan pembaca.
Maklumat dan Panduan Permohonan UA/Politeknik/ILKA
Sila layari pautan e-Panduan berikut untuk info lengkap serta panduan
mengenai senarai progran pengajian yang ditawarkan, syarat am
kemasukan, syarat khas program pengajian/ kursus, serta maklumat
mengenaui UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA.
- e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier di pautan berikut:
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php
- e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA: https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php
Kursus Mana Yang Layak Dimohon?
Anda boleh mengenal pasti program pengajian atau kursus mana yang
sepadan dengan kelulusan akademik anda melalui aplikasi online Sistem
Semakan Syarat Kelayakan / Kemasukan.
- Untuk Universiti Awam:
http://upu.semaksyarat.info/
- Untuk Politeknik Premier, Konvensional/METrO: http://www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp
Cara Memohon ke UA/IPTA/ILKA Menerusi UPU
Permohonan Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti)
& ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPUonline.
Berikut adalah cara memohon kemasukan ke UA, Politeknik
Premier/Konvensional/METrO, Kolej Komuniti serta ILKA.- Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Tarikh beli nombor pin Unik ID UPU dijangkakan akan dibuka mulai minggu ketiga bulan Januari 2017.
Terdapat dua jenis kategori pembelian No. Unik ID. (Kategori ini
adalah berbeza dengan kategori bagi mengemukakan permohonan online):
- Kategori A
- Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
- Harga No. Unik ID Kategori A ialah RM15.64 termasuk GST
- Kategori B
- Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
- Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64 termasuk GST
- Kategori A
- Isi borang permohonan UPU secara online
melalui laman web melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar
(UPUOnline) di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Tinggi:
http://upu.mohe.gov.my/web/
Sekiranya anda belum mendaftar, sila lakukan Daftar Kali Pertama terlebih dahulu.
Bagi yang telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan untuk mengakses borang permohonan online. - Setiap siap mengisi dan menghantar borang permohonan secara online, sila cetak slip permohonan dan simpan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tempoh Permohonan UPU
Tarikh sistem permohonan UPU dijangkakan akan dibuka mulai minggu ketiga bulan Januari 2017.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA , sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon talian helpline UPU di 03-88708200, pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang.
Nota: Bermula Mac 2015 istilah Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA
pula diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik.
Sumber:malaysiatercinta