-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Tajuk Ramalan Penulisan / Karangan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2016

Untuk pengetahuan para guru, soalan-soalan karangan atau ulasan dalam UPSR Bahasa Melayu Kertas 2 akan diambil berdasarkan tema-tema yang diajar dalam buku teks. Justeru, para guru harus memahami setiap tema yang ada dalam pembelajaran buku teks di sekolah. Berikut adalah tema-tema yang terdapat dalam buku teks KSSR Tahun Empat hingga Tahun Enam

Muat Turun

Tajuk Ramalan Penulisan / Karangan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2016 

Rujukan Tambahan: 

TOPIK FOKUS BAHASA MELAYU UPSR 2016 MENGIKUT BUKU TEKS TAHUN 4,5 & 6 DAN DSKP.

PEMAHAMAN BAHAGIAN A
Kuasai semua aspek Sistem Bahasa dalam DSKP

PEMAHAMAN BAHAGIAN B
Soalan 21
a.Isi tempat kosong dalam petikan.**
b.Isi tempat kosong berdasarkan soalan

Soalan 22 a)
a.Tulis ayat tanya berdasarkan jawapan.**
b.Tulis ayat aktif dan ayat pasif.*
c.Tulis cakap ajuk dan cakap pindah.*
d.Tulis ayat yang betul.
e.Tulis ayat songsang.
f.
Dan lain-lain

Soalan 22 b)
Soalan dialog yang menjurus kepada :
-memberikan respons terhadap ayat perintah**
-memahami pesanan dan menyampaikan pesanan**
**pastikan penggunaan kata gelaran dan kata ganti nama diri yang betul. Perhatikan
siapa yang lebih tinggi darjat atau kedudukannya.**

Soalan 22 c)
Soalan peribahasa yang berdasarkan gambar tunggal.Tumpukan pada buku teks.Tulis jawapan lengkap.Peribahasa meliputi perumpamaan, simpulan bahasa, kata-kata hikmat, bandingan semacam dan lain-lain.
FOKUS – Perumpamaan yang mudah.

Contoh : Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar tersebut ialah bagai aur dengan
tebing.

Soalan 23/24/25.
Rujuk contoh daripada Lembaga Peperiksaan sebagai garis panduan.
23 a) lengkapkan perkataan/rangkai kata/frasa
b) soalanberdasarkan bahan stimulus
c) padankan BETUL atau SALAH

24a) berikan maksud
b) soalan berdasarkan stimulus
c) soalan berdasarkan stimulus
d) soalan KBAT berbentuk memberikan penjelasan.

25a) berikan maksud rangkap dalam puisi
b) soalan berdasarkan stimulus
c) tandakan √ atau X
d) soalan KBAT berbentuk memberikan penjelasan

RUJUK DSKP :
2.5.1 Membaca dan memahami bahan untuk memindahkan maklumat dalam bentuk grafik
2.6.1 Membaca bahan sastera yang sesuai untuk menghasilkan idea baharu.
2.6.2 Membaca bahan bukan sastera untuk menghasilkan idea baharu.
3.3.3 Membina dan menulis jawapan secara kritis dan kreatif dengan betul.
3.5.2 Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dalam bentuk grafik.

FOKUS UPSR 2016
BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)
Arahan soalan – Tulis lima ayat tentang AKTIVITI* / SUASANA / GAMBAR* / CARA-CARA*** /
KEPENTINGAN**/ FAEDAH / KEGUNAAN
       
FOKUS UTAMA :
Aktiviti / Suasana / Gambar : Sukan, Hari Kebangsaan, Gotong-royong, Kantin, Pusat Sumber, Halaman rumah, Ruang tamu, berkelah
Kepentingan : Mematuhi peraturan di Pusat Sumber, Kantin, Jalan Raya, Menjaga Kesihatan/Kebersihan, Bersukan
   
BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)
Arahan soalan : Tulis ulasan tentang PETIKAN* / GAMBAR*.
Pastikan anda MEMBACA dan MEMAHAMI KEHENDAK ARAHAN soalan.
                   
RUJUK DSKP :
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat ulasan yang tepat
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat rumusan yang betul.
KEMAHIRAN MENULIS.Standard Kandungan
3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan ayat yang gramatis.
   
BAHAGIAN C (MENULIS KARANGAN)
**Baca arahan soalan dan kenal pasti soalan dan formatnya. Pilih karangan yang anda
dapat hasilkan/tulis dengan baik. Jangan bimbang dengan Soalan 2 yang mungkin
berbentuk puisi kerana kehendak soalan karangan itu penting.

FOKUS UTAMA : Format : Keperihalan/pengalaman, Laporan, Catatan, Syarahan, Cerita, Fakta, Surat Tak Rasmi
TAJUK SJK : Sambutan Hari Lahir, Lawatan ke tempat yang menarik, Gotong-royong, Orang yang disayangi, Guru Saya, Faedah Bersukan, Pentingnya Menjaga Kebersihan/Kesihatan, Amalan hidup sihat, Sahabat baik saya, Perkhemahan, Perkelahan, Hari Sukan, Semangat Kejiranan, Sambutan Hari Kanak-kanak, Faedah Menabung, Murid Cemerlang, Kem Motivasi
TAJUK SK : Perkhemahan, Aktiviti masa cuti sekolah, Faedah Membaca, Lawatan, Pentingnya Menjaga Kebersihan/Kesihatan, Gotong-royong, Sambutan Hari Kebangsaan, Tokoh Yang Dikagumi, Alam Sekitar, Gaya Hidup Sihat, Kawan Baik Saya, Sambutan Hari Kemerdekaan, Barangan Buatan Malaysia, Aktiviti Minggu Bahasa, Sambutan Hari Kanak-kanak, Murid Cemerlang
TAMBAHAN :
   
RUJUK DSKP :
3.3.4 Membina kerangka dan menulis pelbagai jenis karangan.
3.7.1 Menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheran dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif dengan bahasa yang menarik.

Sumber: http://www.facebook.com/people/Richard-Lee/819956879
Back to Top