TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2016 - KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN
TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)
TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)
KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN
|
SKOP KAJIAN
· Maksud Khalifah
· Cara perlantikan Khalifah dalam Islam
· Syarat kelayakan menjadi Khalifah
· Tugas dan tanggungjawab Khalifah
· Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
· Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab
SOALAN STRUKTUR
Selepas
Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi, sistem pemerintahan
kerajaan Islam diteruskan melalui sistem pemerintahan khalifah yang
dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?
[2 markah]
(b) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.
[2 markah]
(c) Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.
[2 markah]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuah negara ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam ?
[2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?
· Dari segi bahasa, Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w bagi melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
· Dari segi agama, Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.
[2 markah]
(b) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.
· Lelaki yang merdeka
· Beragama Islam
· Memilki pengetahuan tentang Islam
· Mematuhi perintah Allah / warak
· Sanggup melaksanakan hukum Allah
· Bersifat adil
· Mempunyai akhlak yang baik
· Tubuh yang sihat dan sempurna
· Berfikiran cerdas
· Pandai mentadbir kerajaan
[2 markah]
(c) Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.
· Melalui musyawarah / syura
· Cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
· Pemilihan daripada beberapa orang calon
· Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
· Diperkukuhkan dengan baiah
[2 markah]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuah negara ?
· Menjamin perlantikan pentadbir yang tepat dan berkelayakan
· Menjamin pentadbiran lebih lancar
· Menggalakkan pemerintah berusaha menjadi pemimpin cemerlang
· Melantik pemerintah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
· Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam ?
· Memelihara kedudukan agama Islam
· Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
· Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
· Memastikan kelicinan pentadbiran negara
· Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
· Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
· Menjaga kebajikan rakyat
· Menjaga dan meneruskan najaran Allah
· Mengekalkan perpaduan ummah
· Memantapkan sistem perundangan Islam
· Menguruskan kewangan negara
· Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
· Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
Rajah di bawah merujuk kepada tokoh Khalifah ar-Rasyidin.
Khalifah
|
Tempoh
|
Sumbangan
|
Abu Bakar as-Siddiq
|
632 – 634 M
|
Penyelamat Umat Islam
|
Umar al-Khattab
|
634 – 644 M
|
Amirul Mukminin
|
(a) Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?
[6 markah]
(b) Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagai Amirul Mukminin (Pemimpin Orang Beriman)
[6 markah]
(c) (i) Pada
pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin
tersebut sehingga berjaya meningkatkan kegemilangan negara ?
[4 markah]
(ii) Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani ?
[4 markah]
JAWAPAN ESEI
(a) Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?
· Menyelesaikan masalah perlantikan Khalifah.
· Menyatukan semula umat Islam yang berpecah-belah
· Bertindak tegas terhadap golongan murtad.
· Memerangi golongan ar-Riddah.
· Mempertahankan ancaman Parsi dan Rom.
· Menjaga kebajikan golongan mawali.
· Mengumpul dan menyalin semula tulisan al-Quran.
· Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
(b) Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagai Amirul Mukminin (Pemimpin Orang Beriman)
Politik dan Pentadbiran
· Menubuhkan Majlis Syura.
Dianggotai oleh orang Ansar dan Muhajirin.
· Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
Melantik Wali / Gabenor menjadi pentadbir wilayah.
· Menubuhkan Jabatan Kerajaan.
Contohnya Jabatan Tentera, Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
· Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain
Untuk mengelakkan penyelewengan hakim.
Hakim dibayar gaji lumayan.
Sosial
· Mengembangkan pengajian al-Quran
Menyediakan tempat pembelajaran al-Quran
Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah
· Memperkenalkan Takwim Hijrah.
Peristiwa hijrah dikira tahun pertama kalendar Hjrah.
Ketenteraan
· Menyusun semula sistem ketenteraan
Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
Tentera tetap diberi pakaian seragam.
· Membina markas tentera di setiap bandar utama.
Membina kubu pertahanan di sempadan negara musuh.
· Melantik Panglima Tentera.
Melucutkan jawatan Khalid al-Walid.
Menggantikannya dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.
Ekonomi
· Memajukan bidang pertanian
Membina terusan dan tali air untuk pengairan.
Eempangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir.
Menggalakkan penerokaan tanah baru.
Memulihkan tanah terbiar.
· Memperkenalkan sistem tanah
Mewujudkan tanah bertuan dan tanah tidak bertuan
· Memperkenalkan sistem cukai.
Melaksanakan cukai jizyah dan kharaj
· Mendirikan Baitulmal.
Untuk menguruskan hasil negara.
[6 markah]
(c) (i) Pada
pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin
tersebut sehingga berjaya meningkatkan kegemilangan negara ?
· Mengamalkan ajaran Islam
· Memilki pengetahuan yang luas tentang Islam
· Mematuhi perintah Allah / warak
· Sanggup melaksanakan hukum Allah
· Bersifat adil dalam membuat keputusan
· Mempunyai akhlak yang baik
· Pandai mentadbir kerajaan
· Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani ?
· Memelihara kedudukan agama Islam
· Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
· Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
· Memastikan kelicinan pentadbiran negara
· Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
· Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
· Menjaga kebajikan rakyat
· Menjaga dan meneruskan ajaran Allah
· Mengekalkan perpaduan ummah
· Memantapkan sistem perundangan Islam
· Menguruskan kewangan negara
· Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
[4 markah]