Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan Geografi PT3 2016
Berikut ialah contoh-contoh cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan
Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum |
Penggunaan petrol tanpa
plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap
kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara
terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan
Pulau Pinang |
Penapis asap |
Bagi mengurangkan pembebasan
asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan
minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini,
asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak
mencemarkan udara |
Mengurangkan Kos Operasi |
Bagi mengatasi masalah
tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan
ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat
dikurangkan |
Penggunaan Bahan Api Alternatif |
Dalam usaha mengurangkan
pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor
(bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang
mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit,
kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria |
Kursus Pemanduan Berhemah |
Kemalangan di jalan raya
dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan
berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan
boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan
berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka
terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya |
Kuat Kuasa Undang-Undang |